Tuesday, October 22, 2013

Untuk kekasih #1

Kekasih,
hari ni kau kata mood kau hilang,
kerja tak siap,
kelas tak datang,
classmate jadi selfish,
kau dikata menyusahkan.
kau bengang.
kau rungut pada aku,
tak boleh oncall kata kau,
sebab sebelum tu kau minta aku call,
kau kata kau takut kau siram aku dgn suara kuat kau,
takut nanti kau tak hormat aku sbg kekasih kau.
begitu lah kalau kau marah,
kau jadi singa.
lebih singa dari aku. haha.
ya, aku hormat.
aku tetap dengar rungut marah seranah kau
dalam fikiran aku sebelum tu
rajuk aku sebab tidak ada wish selamat pagi dari kau
kau kata kau lupa
sebab terlalu sibuk
ya, aku faham. tapi, aku tetap rajuk
tapi aku tepis rajuk, aku buang ego
utk fikir kau yang tengah tak ada mood
bagi aku mood kau lagi penting dari rajuk tak perpenghujung aku
nasihat-nasihat aku mungkin 'basi'
semua orang boleh cakap begitu
ntah aku tak tahu nasihat aku membantu atau tidak

tapi,
aku mahu kau tahu kekasih
kau marah
kau amuk
kau sumpah
kau kata macam-macam
aku disini senyum
bukan perli
tapi aku semakin kenal kekasih aku
entah
eh, kan aku punching bag kau?
aku cuba faham kau
dan aku faham
aku kata tadi
be alright
selagi kau buat sesuatu dengan akal dan kau tepis sikit emosi kau
kau akan baik-baik saja wahai kekasih
percaya aku

dan,
aku juga mahu kau tahu,
kau letak telapak tangan kau pada hati
kau rasa
kau akan rasa aku
aku ada untuk kau
setiap saat kau bernafas
aku akan ada
kerna aku titip semangat aku pada kau
guna lah semangat aku sebanyak mana kau mahu
aku izikan
aku tak mahu kau kalah dengan emosi
macam aku dulu
aku kalah dengan emosi
emosi berkuasa dalam badan aku
aku kalah.
aku tak mahu kau kalah sayang
aku disini untuk angkat pimpin kau kalau kau jatuh
jangan takut melangkah sayang
kita langkah sama-sama ya?
kita menang sama-sama ya?

jangan kau lupa sayang,
aku sayang kau.
senang kau, senang aku.
susah kau, susah aku.

usstt nak tahu satu rahsia?
kau marah pun
kau masih manja dengan aku
tidak.. kau tak perasan
aku yg rasa, aku tahu lah.

bie.

No comments: