Wednesday, December 26, 2012

Rasa itu celaka.

'' i'm still holding onto that little piece of hope that maybe you'll change your mind ''

 Kelmarin, aku mimpikan kau. Kau senyum tengok aku, kita borak, kita ketawa, kita jalan, macam dulu. Aku rindu kau senyum sampai nampak jelas lesung pipit yang selama ni jadi kelemahan aku. Ahh, kenapa aku tidak boleh tahan dengan lesung pipit tu! Suara kau, lagilah! Kita jalan, aku pimpin tangan kau, macam dulu. Lepas? tidak mungkin! Ke sana kemari dengan kau, senyuman kau tidak pernah mati. Tapi.. dupp! aku tersedar, telefon bimbit sialan mematikan saat manis aku dengan kau, semua tentang kau hilang tiba-tiba, senyum kau hilang dari pandangan aku, tangan kau bukan lagi dalam genggaman aku. Sadis! Mana kau? Mana? Aku gosok-gosok mata, aku renung tapak tangan kanan aku yang pernah kau pimpin dulu, aku terasa mata aku berair. Aku tahan, tapi tetap degil. Tetap mengalir. Aku duduk diam sebentar, aku hapus air itu dari terus mengalir. Aku tengok jam, pukul 11pagi. Sah! Aku mimpi. Celaka!

Mungkin sebab aku terlampau rindu kau, terbawa-bawa ke dalam ruang fantasi. Aku yakin, aku bahagia dalam ruangan fantasi sementara itu. Aku yakin! Tapi sekarang, aku hidup diruangan realiti. Lagi! Tiada kau, tiada senyuman kau. Hilang! Aku sakit. Serius aku sakit. Sakit berlawan dengan emosi dan kepala otak yang hampir penuh dengan nama kau. Aku sakit, tapi aku tetap berjuang. Kenapa? sebab aku tahu kau sekarang sedang berbahagia dengan kehidupan kau yang jauh lebih baik Tanpa aku. Aku yang pernah ada tempat dalam hati kau. Sumpah! Aku tidak mahu kau muram, tidak mahu kau sedih. Aku mahu kau gembira, senyum, gila-gila macam selalu :') Sampai sekarang, aku ingat lagi bila kau marah aku mati-matian sebab minum coca cola. Marah bila aku tidak cukup minum air sebab aku senang kena astma attack dan kau sendiri pernah lalui kesakitan tu sama-sama aku kan? Macamana aku tiba-tiba susah bernafas pahadal sebelum tu kita sama-sama ketawa borak pasal itu ini. Lawak kan? Kalau aku sakit dada, penat, bila kecewa sebab markah tidak seberapa, semua yang aku rasa, aku bagitahu kau. Kau lah doktor aku. Nasihat dari kau entah berapa juta kali masuk dalam cuping telinga aku. Sumpah demi Tuhan, aku rindu kau, aku sayang kau. Kau jaga diri baik-baik ya bushuk?

Aku minta maaf ya, aku masih tidak dapat lupakan kau. Lupakan kita. Walaupun aku tahu aku harus lupakan. Tapi jujur, aku makin sayang kau. Aku minta maaf. Aku memang sial, tidak sedar diri. Aku tahu. Untu keberapa kali, aku minta maaf dengan kau. Ahh, kadang-kadang perasaan aku ni celaka, tidak mahu keluar dari kepompong yang aku panggil NF.

Entry yang tidak seberapa panjang, aku harap kau tidak baca. Aku malu, aku lemah kan? Mungkin kau menyesal pernah kenal orang selemah aku. Kuat diluar, hancur didalam. Celaka. memalukan! Aku tidak tagih simpati sesiapa, aku tidak mahu komentar sesiapa. Aku hanya tulis apa yang aku tidak boleh luahkan. Mungkin ini cara terbaik, terbaik untuk kurangkan beban fikiran, emosi dan fizikal aku. Biar orang kata aku bodoh, yang pasti aku tidak mahu nampak cerdik tapi menipu diri sendiri. Tulis sesuatu yang bukan dari hati. Itu 1000 kali lebih celaka bukan? :')

Aku masih tertanya-tanya kenapa ini semua terjadi? Tidak ada ribut, tidak ada angin. Tiba-tiba begini. Tapi ya sudahlah, aku yakin kau ada alasan kukuh. Mungkin betul kata syaitan-syaitan dalam diri aku, aku yang bersalah atas semua ini. Mohon ampun.

Aku dengar lagu ni, lagi dan lagi. Kadang-kadang, sampai aku terlelap. Aku ingat satu malam tu kau suruh aku nyanyi dan aku nyanyi lagu ni dari awal sampai habis. Satu harapan aku, kau suka. Dan, yahh kau suka. Terus terang, ini kali pertama aku buat begitu. Masa tu, aku sedar dan aku yakin, hati aku ada kau. Lepastu, aku nyanyi macam2 lagu untuk kau sebelum kau tidur. Kadang-kadang aku menolak, bukan sengaja, tapi ada halangan yg tidak memungkinkan. Aku tahu banyak kali kau kecewa. Aku minta maaf sayang. Aku tidak bermaksud pun. Aku minta maaf ya? Lagu yang satu ni pun kau suka kan? :')


Ingat ya, tiba masa kau terduduk rasa buntu, kau cari lah aku. Aku akan bangun dengan kau bersama-sama.
Ingat ya, kau semuanya untuk aku. kau kawan, lawan, cikgu, doktor, pakar motivasi. Semuanya kau.
Ingat ya, aku selalu berdoa yang baik-baik untuk kau. Jangan peduli kesedihan aku, kegembiraan kau jauh lebih penting sayang.
Ingat ya, walau apa pun, aku tetap sayang kau.
Ingat ya, dalam hati aku ada kau saja.

Terima kasih ya, kau ajar aku erti kasih sayang.
Terim akasih ya, kau ajar aku supaya berfikir matang.
Terima kasih ya, kau ajar aku erti sabar.
Terima kasih ya, kau benarkan aku peluk cium kau waktu pertama kali kita jumpa.
Terima kasih ya, kau banyak ambil berat pasal aku.
Terima kasih ya sayang, atas semuanya.

Bukan mulut aku yang cakap, tapi ruang hati meronta untuk bicara.

Tiada dendam,
Tiada benci.

Persoalannya, boleh atau tidak fantasi itu jadi realiti lagi? Tolong, aku perlukannya.

bie.

Saturday, December 22, 2012

Home sweet home.

''There is nothing like staying at home for real comfort.''

 Haii.

So, aku dapat update blog sebab aku ada di rumah sekarang. Beaufort! Excited :) Balik semalam, sebelum balik singgah Mall beli barang2 sekolah brother. Tapi aku rasa, barang2 yg aku beli lagi mahal daripada barang2 sekolah adik aku. Seriously! Dengan beg nya, buku, baju --' Tapi syukur Alhamdulillah, semua tu aku dapat. Buku yang aku mau since awal tahun, baru skrgg dapat. 'Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad.' Thanks dad :)

Khamis malam, thanks to Lulu, rachel, cathay & kak ayu sebab stay rumah aku & teman aku buat kerja gila. aha. Sumpah best lah dorang. Then, pagi tu dorang kena balik sebab ada kelas & kak ayu pun ikut balik awal sebab kelas untuk yg muslim tidak ada hari jmaat tu. So, freedom! Tapi freedom pn, aku kena ambil jam 5ptg & sepanjang hari tu aku tidur. Terbangun kejap, makan. Then tidur balik. Tidur makan tidur makan lagi. Apa itu neraka? ( WTH ) Sunguh teruk kau bie, sungguh! whatever lah. haha.

Sekarang, just lepak rumah menghiburkan hati tengok Maharajalawak Mega. Forever alone right? aha. Then aku kena buat sikit research utk Assignment CTU. Submit seminggu lepas cuti joo! eh kejap. buat sikit research? B.A.N.Y.A.K! Belum lagi BEL, ada lagi kerja mau buat. Okay okay jangan merungut. Kalau mau success jangan merungut kan? :) So, sebab sepanjang cuti krismas ni aku tdk lah pergi holiday mana2, mungkin aku duduk rumah berhadapan dengan assignment lah. No life? Siapa yang terdetik dalam kepala otak tu mau cakap aku tiada life, nahhh.. HAHA. bukan teda life. Tapi aku agak trauma sudah kalau study main2 ni.. Buat assignment pn asal siap. So, markah pun cukup makan. No way! Sem ni kan aku sudah janji, even last sem aku dapat paling berharga punya pengajaran, aku tdk akan ulang lagi sem ni. Insyaallah, Amin.

Tapi, sepanjang cuti krismas ni jugak aku kena bahagi masa juga dengan member2 xpecially adik aku Izzat. Dia pergi KL bulan Januari ni, so masa ni lah aku mesti spend berapa banyak masa yang aku ada untuk dia. Dia la bro aku yang paling cool, kalau dia teda lagi nnt di sabah ni, mesti aku sunyi. huuuuh. Maybe tonight tp belum inform lagi sama my bro itu. Haishh ( sebab saya tiada kredit! )

Assignment.

Inspiration.





bie.

Sunday, December 16, 2012

Saturday Night.

“After a good dinner one can forgive anybody, even one's own relations.”

 Haii..

So, 11.24 minit pagi & secara rasminya aku baru membangunkan diri. Well,hujung minggu yaww! Esok terpaksa sudah awal bangun. Okayy, malam semalam ada dinner dengan auntie & family. Moment paling best kalau kau spent time dengan family okayy! Semua parasit dalam kepala otak jadi hilang, hilang entah kemana! Even malam tadi aku agak sakit kepala, demi makanan2 yang sedap dan lazat. Ku gagahkan jugak!   Eh, salah. Demi masa dengan family, ku gagahkan jugak. aha. Yalahh, parents jauh mahh. Sila lah faham. Aha. So anyone yang belum pernah ke Restoran Hang Li Po, Karamunsing Point KK. Rajin2kan lah diri ke sana. Sebab tempat tu super duper relaxing & cool :)

Okayy, sejak malam hari Jumaat aku stay rumah cousin & ada lah jiran dia kan suka menyanyi & suara dia dengar sampai dalam rumah cousin aku ni ha. And paling melampau kan, dia nyanyi lagu yang sama. ( Saat Terakhir - ST12 ) Okayy wow! Itu satu penghinaan terang terangan. haha. Tidak tidak bukan apa, aku tdk boleh dengar lagu2 macamtu weyh.. Meresap dalam darah, bikin panas. Tapi masalahnya, lagu tu lagu fav aku jugak. Nampak tak? Nampak tak? =='

So, aku kena bersiap sekarang, balik rumah UA sebab petang nanti parents mahu datang dari Beaufort. Pheuww! hehe. So, byee. See yah!

bie.

Saturday, December 15, 2012

Lyla - Bernafas Tanpamu.

Mungkin kau bertanya-tanya 
Arti perhatianku terhadapmu 
Pasti kau menerka-nerka 
Apa yang tersirat dalam gerakku 
 Akulah serpihan kisah masa lalumu 
Yang sekedar ingin tahu keadaanmu 
 Reff: Tak pernah aku bermaksud mengusikmu 
Mengganggu setiap ketentraman hidupmu 
Hanya tak mudah bagiku lupakanmu 
Dan pergi menjauh 
 Beri sedikit waktu Agar ku terbiasa 
Bernafas tanpamu oooohhh

bie.

Friday, December 14, 2012

Wide Awake.

'' Taking crazy things seriously is a serious waste of time. ''

 Haii, how do you do? i'm fne thank you :) okayy so, sepanjang minggu ni sangat sibuk. Dengan kelas nya dari 8am-6pm & kadang2 10am-6pm, cukup lah aku cakap aku penat! haha. Sokay, sokay. Ehm subject aku just ambil 5 subject sebab aku kena stabilkan dulu pointer untuk sem ni, Insyaallah sem depan ( sem 3 ). Orang cakap, biar lambat asal selamat. kan? Well, belajar mesti sabar :) Walaupun 5 subjek, aku ambil subjek yang satu kelas aku suka! CSC253. SUKA SANGAT! Sebab seharian runding2 dengan PA group kami, kami semua kena jugak sattle kn subjek CSC253 yang kami kena repeat tu. So, start minggu depan, kami masuk kelas CSC253 sama-sama dengan junior part 1. Apa ada hal? WE ARE YOUNG! bahahaha.. so, nanti mejoriti kami masuk group 2 & yang lain masuk group 4. And kami just masuk 1 kelas saja dlm seminggu tu, kelas dalam lab kami tdk masuk. Ohh yea yea! saya tahu lah adik-adik kesayangan akan rindu kami kalau kami tdk masuk kelas dalam lab tu. Okay okay aku tahu tu. bahaha okay *merepek. Okay then, Minggu ni start HBU, seriously enjoy gila masuk HSK111 & aku maklum lah kalau sport event management akan sentiasa sibuk. And itu yg aku mau. Sibukkan diri. Yang paling best. dalam group tu, ada classmates aku, ira &the geng. Yang lain tu, budak akaun. Okay fine, agak loud lah. nevermind, aku kisah apa kn? :) Cikgu yang handle HSK111 tu pun super duper cool! Thanks juga untuk si Didiey & Pieka yang tnya aku okay ka tidak. Sebab dorang tahu cerita aku. aww, malu i. It's okay ba, aku makin okay seja ni :) Btw, sebab hari jumaat ada kelas eco saja, & badass betul aku tdk ambil eco ni sem, so jumaat aku free sebab teda klas. Huh, bosan. So, jangan lah ikut mcm aku. Sudah pointer rendah, baru kunun menyesal. Phuii. Minggu ni jugak ada 12.12.12 kn? Kisah pulak aku? bahh, betul2 heartless ni kali si bie.

So, itu saja lah. Oh btw, thanks untuk dua cewek kelas aku, kak Ayu & Ain sebab teman aku di rumah semalam. Lepas kelas terus aku angkut anak dara org balik rumah aku. Siap suruh masak lagi tu. Ada bran? hahaha. Paling manang tu masakan Kak Ayu! :) Sure lepasni dorang ketagih lagi mau stay rumah aku sbb tgok tv free dorang bilang. phuii. alasan tu kn. Haish.

Okay, that's all. It's friday night bebeh! Jom ronda KK ;)

bie.

Quotes #2





Sunday, December 9, 2012

Percaturan hati & akal.

Kadang-kadang, aku kalah dengan hati. Mungkin hati aku terlalu rapuh untuk siapa saja suka hati permainkan. Tapi, akal? entahlah. Bukan aku tidak cuba buang jauh-jauh benda yang buat aku senyum, ketawa, menangis. Tapi entah kenapa aku still tidak boleh. Aku terlalu sakit. Sampaikan aku tidak ada kekuatan untuk jadi manusia yang kuat. Mungkin sebab aku terlampau sayang, mungkin sebab aku terlampau sakit, terlampau percaya, terlampau senang percaya janji yg orang buat? Aku sendiri yang tanggung akibatnya. Bodoh? yepp, mungkin. Sekarang, aku just mau kumpul semua kekuatan aku untuk berdiri & melangkah balik dengan satu harapan baru. Aku cuba, walaupun susah. Aku ada cousins yang banyak tolong aku, aku ada kawan2 classmate yang buat aku ketawa dengan kerenah dorang, aku ada bestfriends yang selalu cuba buat aku lupa semua benda sial di dunia ni, and Insyaallah aku akan ada housemates yang baik-baik belaka ( hopefully ). Memang, ramai orang cakap ' buat apa mau fikir pasal dia lagi, dia bukan fikir pasal kau pun, buang masa ja kau. ' Aku kadang2 just ketawa, kadang2 diam. Ingat aku mau sangat fikir kah? Tapi benda tu dtg sendiri dlm kotak fikiran aku. Entah, aku bingung! Hidup perlu diteruskan kan? :')

bie.

Saturday, December 8, 2012

Boom.

" We can't help everyone, but everyone can help someone. "

Well, since isnin aku telah berusaha sedaya upaya untuk sibuk. Funny? Phuii tidak! Sebab minggu ini minggu 1st, so jadual tidak lah strict sgt. Tapi start minggu depan, selamat jalan lah kau bie! Aku yakin aku akan sibuk dgn itu ini. Tidak kisah lah, yang penting aku sibuk. Aku sibuk & tidak ada masa mau pikir pasal itu ini. Okay, great! And dalam minggu depan juga, aku akan dapat 5 orang housemate skali gus. Yess! 2 org classmate & yang lain senior semester 3. Err, hopefully semua dorang sekepala dgn aku. Super excited beb dapat housemate. Bayangkan tinggal di rumah sorang2? My God! Minggu ni jugak, ada sesi photoshoot dengan classmate semua. Aww, aku makin sayang dengan classmate aku semua. Seriously! Sekarang aku makin rapat dengan dorang2 yang aku tidak rapat pun masa sem 1 dulu. Dorang semua best! :)
Lepasni sure aku akan busy & tidak sempat update belog, facebook pun lama tidak buka. But, who cares? HAHA whatever lah whatever! pigi jahonom sama itu facebook semua kn? Fake semua tu fake! Nampak tak nampak tak i tengah marah? Phuii..

bie.

Monday, December 3, 2012

Untitled.

" I have no option left but to believe. "

 Semalam, mungkin malam yang paling teruk bagi aku. Sebab aku skrg tinggal seorang di University Apartment Phase 1 & belum jumpa housemate. Aku bebas buat apa saja. Sampaikan satu saat semalam, semua yang aku rasa selama ni terkeluar. Tidak ada yang nampak, tidak ada yang tahu. Sampailah satu masa, aku rasa lemah sebab aku terlampau penat. Penat dengan semua benda yang jadi dalam hidup aku lately. Masalahnya, bukan aku tidak cuba lupakan. Tapi mungkin sebab aku terlampau sakit, aku susah handle semua ni. Thanks untuk bestfriend aku Dianie sebab sanggup bagi aku kekuatan balik semalam. And now, aku masih cuba kuatkan diri, move on & maafkan diri sendiri atas semua yang jadi. Seriously, aku tdk tahu lagi buat apa. And lepasni aku harap aku akan sibuk & slowly dapat jadi diri aku yang dulu balik. Bukan senang tp aku tahu aku tiada pilihan lain.

1st day di kampus,
Rasa happy sebab dapat jumpa classmates. Yeahh, aku cuba jaga hubungan aku dengan semua classmate aku start dari pagi tadi & Alhamdulillah semua dorang bagi respon yang positif. And the boys? tetap rapat dengan dorang, banyak cerita dikongsi, ketawa sama2 sebab hampir semua dlm kelas tu repeat subjek CSC. Haaadoimak memang sehati sejiwa kn kami semua?

Happy Birthday to my one and only brother.

bie.

Saturday, December 1, 2012

Back to december.

Dear Heart,

What I’m going to ask of you is something selfish. And weak of me. And so stupid. But please, bear with me. And if you hear me out, please, please grant me this. One last time.

Will you stop beating in my sleep? Will you not let me see tomorrow and the days after? Will you stop pumping blood throughout my body? Will you rest so that I can rest too?

Because I do not want to experience anymore of this pain. Because I do not want you to go through the process of being broken again, when you’re far from being mended. Because I don’t know if we can both endure what’s to come. If I cannot take this hurt, how can I survive the imminent tsunami waves of pain? If I am already succumbing to the darkness, how can I stand up in the face of nothingness? If I feel as though there’s nothing left of me, how can I be sure I’m still alive?

God. I trust you know how much it hurts. And now, the emotional and mental pain has actually transformed into a physical one. I know that you know how painful the clenching of my chest is when it happens. I know you know how, on many occasions, breathing had proved to be a laborious task.Because the pain is just so overwhelming. I know you know how much it hurts.

Bestfriends.Thank you for understanding my issues, my pain, my tears and for allowing me to open up to you and know you’ll care.

Dear Heart, I owe you an apology. I need to apologize for all of the times that i haven't taken care of you like i should and for the times when i've let people walk all over you. i'm sorry :(

So, right now, I guess I’m telling you, “Maybe It’s time to give up. Maybe It’s okay to let go. Because even if I don’t want to give up, even if I don’t want to let go, I want to stop this never-ending battle we are doomed to lose. I want to stop hurting. It’s just too much.

" When you try your best, but you don't succeed 
When you get what you want, but not what you need 
When you feel so tired, but you can't sleep 
Stuck in reverse "
" And the tears come streaming down your face 
When you lose something you can't replace 
When you love someone, but it goes to waste 
Could it be worse? " - Fix you ( coldplay )

p/s : I am back to Kota Kinabalu tomorrow. And back to campus after leaving it for about one and half months ago for semester break. I'm going to start my new semester on Monday and hopefully everythings gonna be alright. Insyaallah.

bie.