Friday, December 13, 2013

back to december.

Haii..

Lama tak update blog. so, this is just a short entry.

Currently, ada dalam library uitm sabah ku yg tercinto. waiting for groupmate habis class & terus discussion ENT300. Though subject. Untuk org yg tidak berminat langsung dengan hal2 business ni and terpaksa belajar pasal itu, terpaksa buat project konon nak bukak business & jadi pula leader. its hard super hard dude ! And when one of your member is your senior? itu lagi tough. takut attitude terover or whatsoever. but i try my best lah kan. ohh so 1st draft aku kena pastikan habis discuss before holiday. which mean aku ada seminggu lagi untuk conduct and make sure semua okay. dengan assignment BEL312 lagi yg kena hantar lepas cuti juga.

ohh bytheway, tak kisah macamana pun aku kena tembak apa pun. aku akan make sure pointer aku naik sem ni. and no more repeat. Insyaallah. and this semester juga, tak kisah aku penat macamana sekalipun. aku akan datang juga class. especially utk class QMT181.

and yeah. me and my baby still having a sweet bitter sour relationship and can't wait to meet each other this 5th january.

God bless.
bye.

bie.

Sunday, October 27, 2013

breakdown.

aku
keras begini
kalau ditembak bertubi
aku cedera juga
pedih. tahu tak?

aku
bukan penyabar
itu aku sejak berapa tahun lalu
tapi umur faktornya
sampai bila aku nak layan emosi?
aku pujuk diri
sabar lah. sabar lah. sabar
kalau kau jatuh pun
bangun balik farah.

tapi
entah kenapa makin aku sabar
makin aku ditembak berkali ganda
makin aku pedih
makin aku sedih
makin aku rasa 'siapa aku ni sebenarnya? knp buat aku macamni?'
makin aku rasa aku kosong zero tin kosong bagi sesiapa
ya, walaupun aku tahu. ada orang anggap aku 'sesuatu' yg tidak ada pada org lainnya

sedih lah
tahu tak?
aku penat menangis dibahu bantal
aku penat menangis dalam diam
aku faham orang lain tapi orang taknak faham aku
fuhhhhh~ sedih baii kalau macamni
tapi jgn risau lah
aku masih boleh gelak besar sampai kau rasa nak lempang aku sampai mati
usik bahan orang apa semua benda sial yg selalu aku buat
sebab tu perangai aku
setan tetap setan weii
aku takde hal. aku dah telan semua
dah masuk dalam badan
dah jadi taik pun HAHAHAHHAHAHA

Saturday, October 26, 2013

lelap

2.22am
aku tersedar
ohhh aku terlelap rupanya
aku pandang kiri kanan
aku garu kepala
bila masa aku terlelap?
atas lantai pulak tu
tv layan diri, laptop berpasang,
aku regang leher,
lenguh.

tiba-tiba..
aku teringat
kali terakhir aku terlelap waktu malam
lepastu tersedar semula
waktu kekasih aku tidur nyenyak disebelah aku
aku pandang dia
aku usap pipi dia
aku kucup kening, dahi, tangan, pipi dan bibir manisnya
dia tidak sedar
haha. macam bayi kekasih aku tidur
comel
nyenyak
aku pandang
aku belai

sampaikan aku tak sedar aku yg tak tidur semula
sedar-sedar matahari dah mula muncul
dia pun.. dah bangun
dia hairan pandang aku
dia main rambut aku sambil bertanya ' syg tak tidur ke? '
haah entah, dari sebelum jumpa pun
dia memang mengidap nak kacau pegang tarik rambut aku
kalau orang lain? hah minta maaf
aku biarkan. aku senyum.
aku tak jawab pertanyaan dia. aku geleng saja.
dia senyum lagi. aku kata 'good morning baby '
dia senyum. ' good morning syg '

aku rindu
rindu bila aku nak tidur aku pandang dia
rindu bila aku bangun aku pandang dia juga
rindu bila dia kata ' syg, by nak minum '
rindu bila aku pegangkan tumbler utk dia teguk air
rindu dia salam peluk kucup dahi aku sebelum aku pergi kelas
rindu dia bukakan pintu bila aku pulang kelas
rindu bau dia.
aku rindu semua

tadi
aku terbangun
aku seorang saja

hmm
aku benci jarak macamni
kadang aku terbawa dalam mimpi

kekasih
kau impian terindah aku
sungguh aku tak bohong
tak perlu percaya aku
cuma
aku nak kau tahu
aku sayang kau sungguh-sungguh aku sayang.

Friday, October 25, 2013

kenyataan.

Kenyataan tu sial. kan? ya sial.
dan kenyataan bahawa sepasang mata aku lihat gambar yg kau muat turun dalam akaun kau tu menyakitkan. amat sangat menyakitkan. aku lihat. aku teliti. setiap inci. ya, aku tahu kau muat turun gambar tu bukan tanggapan kau sebagai kawan, atau kawan rapat. aku macam kau, aku tahu.

aku pedih setiap kali aku lihat gambar tu. empat kesemuanya. pedih. sakit kau tahu? bukan sepatutnya aku yang ada dalam gambar itu bukan kau? bukan senyuman tu lagi manis kalau aku yg ada dalam gambar tu? manis senyuman tu. sumpah aku rindu. ya, rindu. ini gambar kedua aku lihat. yang pertama, aku boleh terima. pelan-pelan aku terima kerana itu masa lalu. tapi yg ini? entahlah. caption kau pun boleh tahan.

entah keberapa kali, aku cuba respect kau, hormat kau. tapi kenapa kau tak hormat aku? kau sakitkan aku. kau buat seolah aku tak ada perasaan langsung. tolong. aku merayu. kau janji pada aku kau akan cuba move on. aku tak nampak apa usaha kau untuk move on. aku sakit tiap kali kau gunakan segala macam cara utk buat aku jatuh. mungkin itu biasa bagi kau. tapi bagi aku? kau tak pernah terfikir macamana sakit aku kalau aku tgok? tak aku tidak sakit. tapi aku hancur.

cemburu? haha. kau bagitahu aku siapa yg tak cemburu? kalau jd situasi mcmni? cukuplah kau ada depan mata dia 24jam setiap hari. kau tengok dgn mata sendiri rutin harian dia. aku? haha. kau boleh gelakkan aku. boleh. tapi tolong jgn buat aku sakit lagi. kau sekat kami berhubung, kau kata itu ini. and minggu ni, aku boleh kira berapa saja chat yg masuk antara aku & dia. itu cukup buat aku sedih kau tahu? kau tahu tidak? minggu ni ada banyak masalah yg datang. aku tak boleh cerita langsung dgn dia apa masalah aku. sampaikan aku menangis fikir masalah sendiri. aku kecewa. aku sedih. aku taktahan kemudian aku menangis sampai aku tak sedar aku tertidur. apa lagi kau nak? apa? aku nak kau faham, kalau kau rasa kau sorang ja yg rasa sial sbb berperasaan begitu, ada aku. aku rasa hal yg sama or maybe lagi teruk dari kau.

asal kau tahu. aku kalau nak maki hamun marah cerca kau, aku boleh bagi free direct terus dari mulut aku. ahhh tp ntah mana datang sisa kesabaran aku ni. utunglah kau. kalau tidak. kalau tidak, makin benci lah kau kat aku ya? sorry ah, aku tak kuasa cakap banyak kali tapi aku nmpk still tak ada improvement kau buat. what the fuck is that? kau bercakap just nak menyenangkan hati aku ka apa? kalau ya, baik hentikan. aku lebih rela kena kutuk maki hamun depan2 daripada kena janji itu ini tp motif utama just nak mnyenangkan aku? pergi mampos ah. ehh, nampak aku ni bodoh sgt kn? itu yg kau nak ke apa? asal kau tahu juga, pedih juga bila dia kadang-kadang jaga hati kau lebih dari aku. tapi mungkin aku ja yg rasa begitu aku tak tahu. minta maaf kalau tanggapan aku salah. jgn cakap aku just tahu cakap saja, memang lah senang. hey hey, aku pernah kene buang mcm sampah berulat tepi jalan, aku pernah tunggu org tu berharap itu ini dan kemudian aku pernah tatang orang tapi akhirnya dia hilang tiba-tiba dari mata aku. tiada kata putus. sekali lagi, buat aku macam sampah berulat yg orh nak dekat pun jijik. masa tu aku tak ada siapa2. terpulang kalau kau tak percaya. kau jgn cakap aku tak pernah rasa apa yg kau rasa, jgn cakap aku tak faham apa kau rasa. sbb.. aku lagi dulu rasa mcmana rasa sakit tu berpuluh kali ganda. aku dah banyak kali hancur dan aku kukuh semula. dan sekarang? tiada siapa tahu kalau aku dalam rangka kehancuran semula.

tolong, jgn buat hak milik orang lain macam hak milik kau. dia bukan barang permainan.

aku penat. aku penat kau tembak aku macamni. badan aku berlubang sana sini. baju tebal aku makin menipis. aku tidak minta belas kasihan kau. tapi tolong, jgn biar aku mati. jgn biar aku mati ditangan kau. tolong sedar kedudukan kau sekarang bkn macam dulu, tolong jgn buat sesuatu yg kau rasa masih releven utk kau lakukan sekarang. tidak. itu tidak sama lagi. ya, aku bagi kau kelonggaran. aku benarkan bila kau nak buat itu buat ini. sungguhpun, sumpah demi Tuhan, aku benci perbuatan kau tu. aku bagi kelonggaran. tp kenapa kau pijak aku? kau pijak aku sampai lumat? kenapa?

tolong. aku merayu. sepuluh jari aku susun depan kau. tolong. biar aku dengan dia bahagia.
tolong. aku merayu. bagi aku peluang untuk tahu apa yg dia buat sepanjang hari,
tolong. aku merayu. jangan sekat aku. jangan sekat dia.
tolong. tolong sangat-sangat.
tolong faham aku. tolong rasa aku.

kalau dulu kau tahu erti menghargai org lain.
itu bagus.
tapi sekarang
kau tahu satu benda? kau dah terlambat.

aku?
ya aku org itu
yg rampas dia dari kau
yg ragut hati dia bila masa kau hilang ntah kemana
yg ada bersama dia bila kau langsung tak pandang bila dia merayu kat kau
aku?
yg perhati kau dari jauh
yg dengar cerita baik buruk pasal kau
yg berpura-pura gembira bila tahu kau cari dia balik
aku?
ya aku.
yg jadi saksi tangis sakit dia bila kau buang dia dulu
AKU.

aku ni,
yg kau pernah persoalkan
ada ke org yg boleh tahan macamana kau tahan dgn dia.
ya, AKU.
ehh chup! kalau kau tahan, kau takkan tinggal dia rasanya?
kau takkan cari lain rasanya? kau takkan kasar dgn dia rasanya?
kau takkan cakap benda-benda yang kononnya mmg dari dulu kau mcmtu
lawak pun ada weii. manusia ni bukan lahir-lahir terus jd mcm apa dia skrg tahu tak?
kau tak sedar kau yg corak diri kau jadi mcm apa kau cakap tu.

dan satu hal yg aku tak patut buat;
CURANG.

sebab aku tahu macamana rasanya
aku kena tinggal sebab CURANG
rasa dia
macam gampang kau tahu tak?
kau bayagkan, kau tatang orang tu tapi org tu cari lain.
kau rasa bodoh tak? kau rasa nak ulang kebodohan tu tak?
then dgn 'maaf' kau rasa boleh hilangkan rasa gampang tu?
kau tanya lah siapa pun. dorang akan ingat sampai dorang mati.

dan sekarang kau pula yg nak merayu,
kau pula yg nak menunggu,
kau pula yg nak berusaha,
terlambat.
masa tak boleh undur.
itu kenyataan nya.

sudahlah,
tolong sedar,
sebenarnya,
bukan kau saja yg sedih,
tapi aku.
aku sedih kau macamni,
aku sedih kau buat aku macamni,
Aku sedih sebab dia jauh dari aku,
aku sedih sebab mood kau dia masih jaga tp aku kadang2 jaga mood sendiri disini,
aku sedih sebab aku terpaksa mengalah untuk tengok kau 'move on'
tapi aku masih tak nampak apa-apa.
Aku sedih sebab aku sedih.
aku sedih pasal semua benda.
aku minta maaf, aku tidak sekuat kau.

JUJUR, aku nak sangat kau baca apa yg aku tulis ni. ya, sungguh.

Wednesday, October 23, 2013

Kalaulah.

Realitinya sekarang
memang sial
amuk aku susah dibendung
maki sana hamun sini
jujur
menangis aku
tapi tidak aku tunjuk
apa aku buat?
tidur
tenggelam dalam dunia gelap
pelik
aku sedar dari tidur
aku tetap rasa perasaan yang sama
sial

sudah ku kata
kata membunuh itu halal
satu dua nyawa akan tumbang hari ini
ya, aku jamin

masalahnya
kenapa aku begini?
aku pun tidak tahu

bodohnya.

satu aku mohon
mohon faham aku
sekeras aku
perasaan tetap sama
ada pasang ada surut

tolong rawat aku
tolong.



Tuesday, October 22, 2013

Untuk kekasih #1

Kekasih,
hari ni kau kata mood kau hilang,
kerja tak siap,
kelas tak datang,
classmate jadi selfish,
kau dikata menyusahkan.
kau bengang.
kau rungut pada aku,
tak boleh oncall kata kau,
sebab sebelum tu kau minta aku call,
kau kata kau takut kau siram aku dgn suara kuat kau,
takut nanti kau tak hormat aku sbg kekasih kau.
begitu lah kalau kau marah,
kau jadi singa.
lebih singa dari aku. haha.
ya, aku hormat.
aku tetap dengar rungut marah seranah kau
dalam fikiran aku sebelum tu
rajuk aku sebab tidak ada wish selamat pagi dari kau
kau kata kau lupa
sebab terlalu sibuk
ya, aku faham. tapi, aku tetap rajuk
tapi aku tepis rajuk, aku buang ego
utk fikir kau yang tengah tak ada mood
bagi aku mood kau lagi penting dari rajuk tak perpenghujung aku
nasihat-nasihat aku mungkin 'basi'
semua orang boleh cakap begitu
ntah aku tak tahu nasihat aku membantu atau tidak

tapi,
aku mahu kau tahu kekasih
kau marah
kau amuk
kau sumpah
kau kata macam-macam
aku disini senyum
bukan perli
tapi aku semakin kenal kekasih aku
entah
eh, kan aku punching bag kau?
aku cuba faham kau
dan aku faham
aku kata tadi
be alright
selagi kau buat sesuatu dengan akal dan kau tepis sikit emosi kau
kau akan baik-baik saja wahai kekasih
percaya aku

dan,
aku juga mahu kau tahu,
kau letak telapak tangan kau pada hati
kau rasa
kau akan rasa aku
aku ada untuk kau
setiap saat kau bernafas
aku akan ada
kerna aku titip semangat aku pada kau
guna lah semangat aku sebanyak mana kau mahu
aku izikan
aku tak mahu kau kalah dengan emosi
macam aku dulu
aku kalah dengan emosi
emosi berkuasa dalam badan aku
aku kalah.
aku tak mahu kau kalah sayang
aku disini untuk angkat pimpin kau kalau kau jatuh
jangan takut melangkah sayang
kita langkah sama-sama ya?
kita menang sama-sama ya?

jangan kau lupa sayang,
aku sayang kau.
senang kau, senang aku.
susah kau, susah aku.

usstt nak tahu satu rahsia?
kau marah pun
kau masih manja dengan aku
tidak.. kau tak perasan
aku yg rasa, aku tahu lah.

bie.

Benci.

Benci itu
satu perasaan yang kau takkan dapat elak
parents kau bandingkan kau dgn anak org lain, kau benci.
kekasih kau lambat balas text/chat, kau kata kau benci.
ada manusia lain yg cuba dekat dgn kekasih kau, kau kata kau benci.
masuk U, bff kau dapat bff lain, kau benci jugak.
Contoh lain? banyak.

Tapi
antara benci kau tu
kau pasti itu benci atau lebih kepada sakit hati
maaf bagi aku dua perkara tu berbeza
benci.. kau simpan sampai kau mati
sakit hati.. kau simpan sampai ada sesuatu yg sembuhkan sakit kau
aku tak peduli pandangan orang.
tapi ini pandangan pemikiran budak 19tahun
ada masalah? cehhh ilek ah.

Macam ni
aku lahir dan membesar dalam persekitaran yg lebih kurang sama
ya, umur aku 13tahun
aku dah keluar dari zon selesa aku
duduk asrama, satu bilik dgn senior yg macam2 ragam buat aku kenal apa itu 'benci'
aku kenal seorang senior, dia satu bilik dgn aku dulu.
badan dia besar, suara dia kuat, semua junior takut dengan dia
pernah satu malam, kwn aku satu bilik juga; namanya Hanim
aku nampak sendiri hanim dibentak dimaki oleh senior aku tu
disuruh cuci kasut, cuci baju, buat itu buat ini.
aku? aku diam saja masa tu. hanim? hanim menangis sepanjang malam
sampai selang 2hari nya hanim pindah sekolah.
ya, itu kenyataan.

ya, itu kali pertama aku nampak situasi macam tu
orang-orang gelar situasi ni 'buli'
entah kenapa
tiba-tiba aku jadi sasaran
dia datang katil aku suruh aku cuci kasut, cuci baju, kemas katil dia
masa tu aku sangat rapat dengan kak endang. satu kampung tapi tidak pernah tahu pn sekampung
masa tu kak endang yg pertahan aku. dia kata ' jgn buat budak2 mcmni ba wina, kesian dorang. '
lepastu aku peluk kak endang dan aku menangis semahu aku. aku takut.
lepastu dia bertindak lagi,
dia ambil barang2 mandi aku dan rasmi lah dah jadi kepunyaan dia
aku? aku masih diam tp kali ni aku tidak menangis lagi. apa yg aku rasa?
Benci.
macam yang aku jangka
dia buat lagi lagi lagi
maki hamun? haha. tu makanan aku setiap hari beb.
sampai aku menangis depan cikgu kaunseling sebab aku terlalu tertekan
cikgu kaunseling aku kata apa? 'sabar'
haaah aku tidak kenal lagi apa maksud sabar tu sejak aku diangkat jadi kuli
yang aku kenal; benci.

Hujung semester
aku ambil keputusan keluar dari sekolah tu
konon one of the best high school in sabah
masa tu aku paling lambat balik
daddy ambil aku lambat
tinggal aku dan kak endang saja dalam bilik
aku tidak bagitahu sesiapa aku pindah termasuk kak endang
2007 banyak ajar aku sebenarnya dalam dunia ni tidak semua 'suka'
aku belajar jadi pembenci, pendendam, panas baran, maki hamun aku telan sampaikan sebati dalam diri aku
sampai sekarang.
itu permulaan dari hidup aku yang lebih kurang huru hara.
ya, aku mangsa buli. dulu.
cuma mental aku yg dibuli fizikal aku tidak.

2008.
sekolah baru. kawan baru. cikgu baru. environment baru. semua baru.
2008, aku kenal seseorang.
dengan dia, keluar semua perangai jahat aku. semua.
dan dia tidak pernah tegur. dia biarkan. aku salah, dia biarkan
kalau rasa aku betul, dia ikut. 3tahun dengan dia, aku jadi diri sendiri
ya, dia baik. tapi dia terlalu ramah. dengan sesiapa dia berpeluk, dengan sesiapa dia gurau.
ya, aku tahan. sebab semua benda dalam 3tahun tu, aku buat dengan dia.
sampai lah satu hari. dia siat hati aku, dia lumpuhkan kaki aku. dia pandang aku macam sampah
hanya kerana perempuan cantik, yg dia baru kenal berapa bulan. dia buang aku.
mulai hari itu, aku nekad aku tidak akan undur balik. dia buang aku, aku terima.
tapi bila dia pungut aku balik lepas kejadian tu, aku takkan boleh terima.
buktinya, dia cari aku balik lepastu, ya, sampai sekarang. dia simpul kata maaf
ya, demi Tuhan aku maafkan. Tapi utk patah balik, aku tak boleh.
satu sebab; aku benci setiap kali aku ingat setiap perkataan dia sebut depan muka aku.
semua benda aku padam dari fikiran, semua barang aku bakar. tinggal abu.
kalau membunuh tu halal, lama aku buat dah. seriously.
itu benci punya pengaruh.

lepas aku sembuhkan sakit aku sendiri. sendiri.
aku bertatih sendiri sampai aku dapat berdiri kemudian berlari
aku kenal seorang demi seorang manusia
yang muncul kononnya mahu jadi bayang-bayang susah senang aku
sampai aku masuk universiti
tetap sama
orang buang aku.
kali ni lagi parah, aku ratap aku cari aku melutut aku menangis
tapi aku tak dapat apa-apa
sebab, hati aku kalau sekali kata sayang; tak pernah dusta
tapi benda yang sama aku dapat. aku dapat sakit.
sekali lagi; aku benci. aku pembenci.
aku bina temboh setinggi yg boleh, aku tidak biarkan sesiapa lepas tembok tu
itu benci punya pengaruh.
aku serik.
aku sakit.
aku parah.
aku trauma.

sejak aku nekad aku tak tahu meratap lagi
airmata aku jadi mahal
senyum aku jadi berat
pandangan mata aku jadi samar
hati aku jadi keras
tembok aku makin kukuh
aku menyampah dengan sesiapa yg cuba robohkan tembok aku
ya, silakan cuba. tapi aku tidak akan pimpin tangan kau naik sampai ke kemuncak
kau buat sendiri. sebab aku lelah
lelah pimpin tangan orang dan bila dia berjaya sampai ke kemuncak
dia bosan, dia turun dan tinggal aku seorang. mcm yang dulu-dulu.
aku benci.

itu benci aku. kalau aku benci, aku benci sungguh-sungguh
aku minta maaf bukan aku yang mahu
tapi aku takmahu jadi lemah macam aku yang dulu
dan aku tak mahu tengok orang-orang aku sayang
sakit.
sebab aku tahu macamana rasa dia.
sakit sangat.

benci itu sakit sebenarnya
sangat sakit.

itu 'sebahagian' dari kisah lalu aku
itu 'sebahagian' dari kebodohan aku
itu 'sebahagian' dari jahat aku

aku sendiri benci bila benci tu datang
aku sendiri benci bila aku jadi pembenci
tapi kalau ada hal atau seseorang yg buat aku rasa benci
serius aku cakap
aku akan jadi pembenci semula

sebab aku tak pandai selindung apa aku rasa
siapa pun kau, apa pun kau buat, apa pun perangai kau
aku terus terang
dengan semua orang
termasuklah
sang kekasih.
cuma
sang kekasih itu
terlalu manis,
terlalu manja,
terlalu berharga,
dia tegur bila aku salah,
dia ubat bila aku marah,
dia bebel bersebab,
dia larang sebab sayang,
dia terlalu istimewa untuk aku benci.
dia tak layak rasa benci aku
dia layak rasa cinta aku.

mungkin dia atau orang lain tidak faham
macamana hati aku butuh dia
setiap saat minit jam aku berafas setiap hari
tak perlu faham
duduk diam
lihat tingkat aku dan nilai
tegur aku kalau salah
jgn puji terlalu melambung kalau aku betul
kerna;
aku perlu kau sang kekasih
utk pimpin aku
dan kalau kau percaya aku
aku akan pimpin kau
sama-sama kita melangkah
tinggalkan cerita pahit
bina cerita manis dan juga pahit bersama aku
tempuh bersama
kata-kata pandangan orang?
kalau kita dengar org kata
kita sendiri aku hanyut wahai kekasih.

ya, sebenarnya
hati aku kaca
kekasih,
jaga elok-elok ya?
jangan biar kecai.

bie.

Thursday, October 17, 2013

surat cinta :)

Dear girlfriend,

heyy. sehat tak? lama tak jumpa. kan? syg rindu baby tahu :( duduk diam2 syg nak cakap something. kalau gerak2 siap eh! syg just nak cakap terima kasih kat baby sebab always support apa yg syg nk buat. thanks sbb selalu support syg walaupun that time syg dah rasa nak give up. thanks sebab tahan dgn perangai syg yang kadang2 tak reti nak kawal emosi. yepp syg by ni kuat jealous sebenarnya. sgt. thanks sebab nak jadi tulang belakang syg dlm semua bnda. thanks sbb jadi girlfriend yg paling understanding & protective. thanks sbb ajar syg mcmana erti sabar. thanks sbb terima syg luar dalam. thanks sebab terima syg balik lps syg 'buang' by sbb tak yakin dgn relationship lepas apa yg jadi sebelum ni. but baby still cari syg balik & yakin hati by akan ada syg satu hari nnt. and yupp, syg dah ada kat dalam :) terima kasih sebab jadi girlfriend yang sangat baik utk org mcm syg. bukan senang nk ubah syg. by sendiri yg cakap syg keras sgt. orang tknak pandang, nasihat taknk dengar, but sepanjang 5bulan lebih ni by dah ubah syg jd org yg lebih baik. baby kena tahu, tiap kali by buat apa2 dgn syg, syg tak rasa tu mengada tp tu cara by nk rasa dekat dgn syg. dengar suara by pun dah cairr, ini kan lagi depan2. syg boleh pengsan kot? aduhh.. syg tak boleh explain kat sini mcmana special nya baby utk syg. baby ada dgn syg susah snang sepanjang 5bulan ni. semua masa syg yg syg luang dengan by masa by kat sini or masa jauh, syg akan hargai. syg akan ingat. syg rindu nk tgok by senyum everytime syg pandang muka by. rindu nk tidurkan by & tgok by tidur. rindu nak pakaikan by jam tangan. rindu by keringkan rmbut syg. rindu nk tgok movie sama, rindu nak tgok sunset. rindu nak suap by makan. SEMUA.

and maaf juga by, maybe syg manusia paling sombong yg pernah by kenal. paling takde perasaan bila cakap pasal itu ini. paling taknk pandang by dulu. syg dah cakap kan dulu, syg dah tanam tembok tinggi & keras. siapa dapat lepas, she will be mine forever. and now, it's YOU. congratulation my sweetpie! :) tak pernah terfikir boleh kenal orang sebaik & sesabar by. yepp baru nak masuk 6bulan belum setahun, but syg taknak sbb masa yg tk smpai 6bulan ni, jadi alasan kita tak faham satu sama lain. and day by day, syg akan lebih kenal baby syg ni. maafkan syg kalau sepanjang proses kenal by, syg banyak acuh tak acuh dgn by. banyak marah2 by. lambat respon. but itu lah syg by.. keras hati plus sombong nak mati. thanks sbb bertahan & percaya dengan syg. thank you baby :)

syg hope by akan ada dgn syg smpai syg dah takde nanti. and walaupun ada siapa2 yang tengah berharap kat syg & by, syg prcaya tu takkan buat kita goyang. and syg harap by tahu, dengan siapa syg keluar, kat mana syg pergi, jangan bimbang, syg tetap by yg punya. and syg minta, tolong jaga trust syg kat by. jgn hancurkan. and syg sama kat sini, jaga trust yg by bagi kat syg.

baby, kalau kita tgh gaduh ke, by tgh stress ke, rindu ke, or else, baca balik apa yg syg prnah tulis ni ye. and yg akan datang lahh.. so that time kita sama2 tahu, mcmana pun kita gaduh, kita ada utk satu sama lain. Amin.

i love you khairunnisa jauhari.

no matter the miles, no matter how long, your absence only makes my love grow strong

01052013 till forever.
with love,
nur farah atiqah binti jamalin,
your hubby.

lovestory #1

the reason why aku masuk balik dalam bloggerdotcom actually mau tulis something to someone. tapi dulu aku busy dengan final exam and whatnot jadi aku tiada masa update blog, hilang trussss. well sorry stalker ;)

Sebab aku boring. so aku akan cerita mcmana lovestory aku dengan girlfriend tersayang :)

So, dulu masa zaman2 'jom wechat' oleh lisa surgihani & sam. Aku pun gedik ah install benda tu sbb boring k. and then masa tu juga aku mula active dengan instagram. dipendekkan cerita, satu hari ni, hujung bulan 4 ah, ada sorang request jadi follower.err berhari juga la aku ignored sebab tak kenal. then tak lama tu aku approved tp aku tak follow balik. again. sebab tak kenal. heh. tapi ntah bila lah kn, dia ni aku perasan almost semua gambar2 aku upload dia like. even gambar buruk pun dia like. dalam hati aku kan, 'siapa niii?'. okay then, try follow dia balik. okay itu baru permulaan lah. Lepastu, dia hantar wechat request lah kn. so approved lah. then dia tegur dulu. kalau harap aku? HAHAHA. paling tak boleh tahan soalan pertama dia 'you chinese right?' berdekah lah ketawa aku time tu kan. lagi sorang, tanya soalan bonus. then jawab jujur lah aku muslim apa semua kn. lepastu boleh tak percaya? okay lantaklah taknak percaya pun. lpstu semua, banyka lah kenal2 each other. masa tu dia baru break. so yeah aku jalankan tugas lah kn jadi penasihat even masatu aku solo berbulan --' ohh yea sebab dia tua 2tahun dari aku, aku ckp lah sory sbb aku tak biasa pnggil org kakak abg semua ni. so dia kata okay no problem. lamalama lepastu, makin rapat. dari pagi smpai malam chat. adalah dia pujipuji aku kan itu ini. sehhh. tapi aku buat biasa jela. lepastu, 01 may 2013 aku ckp nak jd girlfriend aku taua tidak. she said yes. but berapa hari lepastu, keluar pukimaksirihjunjung aku, aku start tak selesa dgn cara dia. yes, she's very protective. mcm aku. tp ntah aku tak selesa dgn cara dia lpstu aku tinggal dia. masa tu dia bru start final. bayangkan kejam aku mcmana. sbb sblm ni boleh nmpk lah mcmana kera aku tu. again, sorry baby, my fault. okay lepastu memang mcm lost contact lah. okay lah fine.

selang berapa minggu kot, masa tu aku dekat rumah org. tengah malam. tiba2 chat dia masuk. sumpah ntah kenapa aku gegar satu macam tp act normal lah tanya khabar apa semua. then ckp dia dah getback balik. ohh yea okay lah. tp malam tu dia minta tlg aku, dia tak dpt tidur so nak oncall sbb sblm ni, dia msti dgr aku gerak2 dulu then baru boleh tidur. but masa tu aku tidur rumah org so aku tak boleh cakap. dia just boleh dgr aku gerak2 & dgr aku bersin sbb msa tu aku bersin teruk --'
dari malam tu, akudgn dia contact balik. hmm aku tahu time tu dia dah getback & aku pun kalau boleh takmahu kacau. but masa tu aku rasa semacam. kau tahu kalau JB tiba2 follow kau di twitter mcmana rasa? fuhhhhhh.. then lama2 dia ckp dia still tak boleh padam perasaan sama aku. i was like... really? sbb ntah mabe sbb perasaan tu dah dtg then org tu ckp dia still syg kau, kau rasa lain.. bukan maksud aku rampas dia dari sesiapa, but aku tahu dia sayang aku, & dia pun dah tahu aku dah start sayang dia. and aku & dia pun takmahu tipu perasaan sendiri.
sepanjang berapa bulan relationship aku & dia jadi complicated. sorok sana sorok sini. but kalau dah dapat contact, masing2 lepas rindu.


sampailah bulan 8 dah 3bulan aku dengan dia. itu pun banyak gila lah dugaan. lepas cuti raya, dia datang sini. okaylah sebelum ni memang tak pernah jumpa sbb dia selangor aku sabah. but dia datang juga sini, on 21 august 2013. sehari sebelum birthday aku. fine lah tua dah aku 19 tahun. haha. even masa hari ambil dia dekat airport pn banyak dugaan. dengan tiba2 kwn aku last minute tak dapat hntr aku prgi airport tp thanks chiko sbb jd pnyelamat. and then dgn class account tiba2 buat replacement malam, malam yg sepatutnya aku ambil dia. so, sbb dia ckp its okay dia tunggu sana but aku msti pergi kelas. and kebetulan chiko pun ada class malam time tu. pergi lah, senang gerak. but masa class tu aku langsung tidak fokus. gila lah. dah tu lecturer boleh lambat lambatkn lagi class tu habis --' dlm pukul 10 lebih juga lah aku sampai airport. dgn housemate aku pula yg super excited nk ikut. sampai airport, aku call tak jawab. banyakkk kali. cuak ah ntah dia ni pergi mana ntah. dahlah first time kn dtg. aku pula lmbt ambil. sbb dia tak angkat call, aku cari lah satu airport. so cari punya cari aku nampak ah dia. tengah main tab. kira plan bagi suprise lah tp tempat dia duduk tu yg spoiled. aha. so direct jelah duduk dekat say 'haii'. dia boleh terpaku kat situ kn. 1st time aku peluk dia. rasa tu lain. takmau lepas but itu airport kn, housemate aku pun ada sama. so, peluk tak lama. then sempat marah lagi sbb dari awal2 dah dah pesan, sampai sana terus makan sbb ada kfc kat situ. tapi dia kata dia tak rasa nak makan. sbnrnya aku pun belum mkn dri pagi. pffft~ lepastu angkat barang2 dia semua, keluar airport aku kiss pipi dia. nampak lah dia terkejut kan. then pegang tangan dia pergi kereta chiko. so ontheway balik rumah & sblm tu sggh mkn aku rasa tak lepas tgn dia aku genggam & letak kepala atas bahu dia. masa tu aku dah yakin, aku sayang dia. so sepanjang seminggu mmg plan baik la ke sana sini but lastminute ada modul lah apa. *&^%^! but dpt juga jalan2 sepanjang dia kat situ dlm seminggu tu. beli macam2, pergi sana sini. but aku dapat lah juga belikan dia rantai yg aku jumpa masa raya, tu sebelum dia dtg sini. aku tgok cantik rantai tu and hopefully dia suka la sbb aku memang plan nk belikan dia pun. bila sampai tmpat tu, biarkan dia pilih. yeay, dapat! and aku rasa pergi mana2 memang ada jela aku belikan. aku just nak dia ingat kedai aku & dia pergi kalau tgok barang2 tu semua. bukan sbb aku manjakan dia dgn barang. and then, masa hari dia balik tu. awal pagi hantar dia lah sbb flight pagi. so, yeah. tidak sempat tidur pun malam tu. bersiap semua terus gerak. paling la aku sedih masa tu, yepp paling. tgok jela mcm aku no feeling kan, cover lah depan dia sbb aku takmau dia nangis depan aku. but aku tau bila dia dah check-in tu dia nangis. aku masa tu dlm kereta, so cover aku memang fullblast la. tp aku jejak ja rumah. terus baring, aku rasa memang trlepas lah semua bnda. rindu tu lain. and skrg, aku rindu dia. hari hari rindu.

bulan 9, hujung bulan 9 actually. dia dah sepenuhnya aku punya. sblm its okay lah biar kami yg tahu. sbb aku pun ntah mcmana nk explain. apa yg aku harap masa tu. harap adalah bnyk masa utk aku dgn dia but biasalah dugaan tu dtg bnyk kali. mcm2. tapi sabar tu perlu. and smpai skrg aku sabar sbb aku ikhlas dgn dia. aku buat apa ja asal dia rasa selamat dgn aku. tu janji aku tiap kali ada relationship. but sblum ni, tak pernah aku rasa diorang faham apa maksud selamat bila dgn aku tu. semua ikut kepala masing2. fikir lah utk apa ada relationship kalau kau tak boleh pastikan partner kau rasa selamat & selesa dgn kau? so point nya kau ada relationship apa? and aku tak fikir pastikn girlfriend aku rasa selamat dgn aku tu bnda senang. kau kena sedia utk semua benda utk jaga dia selagi kau mampu lahh. so tu yg aku tgh cuba skrg ni. improve diri sendiri utk jd yg terbaik utk dia. sampai bila nak jadi budak2 ikut kepala angin sendiri kn? perrgghh itu namanya tak berapa nak bijak ;)

now, bulan 10. 5bulan aku dgn dia. aku tak pernah expect pun relationship ni boleh pergi smpai 5bulan. next month dah 6bulan, mksdnya dah half year. bukan sblm ni tak pernah couple tapi dgn dia ni. nak kata cantik. sangat cantik. garang? boleh lah. kuat merajuk & manja tu paling special pasal dia ni. orang kata merengek, melekat 24jam tu bikin rimas. tapi aku? aku rasa tu cara aku tunjuk perasaan aku utk dia. malu depan public? cinta tidak ada limit. tu bagi aku :) and sekarang, kalau siapa suruh aku itu ini, kalau aku tak dgr. contact lah dia. cuma dia boleh pujuk aku buat itu ini. haha. gedik siol. tp tu la yg betul. smpai housemate aku cakap, aku ni maybe kalau nak bangun dari tempat duduk pun nak dia yang tarik aku suruh berdiri.

so hope aku dengan dia smpai bilabila.

trust me, long-distance relationship hal yg palingggg susah kau nak jaga. tapi paling sweet juga kau pernah lalui dlm hidup kau. sebab dari situ lah kau akan belajar sabar, faham, percaya partner kau. tapi tu bukan tiket utk kau curangggg dgn partner kau. tu bukan belajar namanya, tu mintak ajar. kan girlfriend? :)

Wednesday, June 19, 2013

New Journey.



Assalamualaikum. This is the second week of semester 3. Sebelum batak tulis pakai broken english, baik aku tulis BM.

1st week, masih boleh relaks. Aku just datang 2 lecture ja. Alahh bukan aku malas, tapi lecturer pun tak masuk, baik kami bermimpi di siang dan malam hari selagi ada kesempatan. Auww. So, masa aku habiskan utk tidur terbongkak sambil mimpi pasal selena gomez makan aiskrim coklat ditepi pantai. Eh eh, malangnya mimpi tu tidak wujud. fuuuuuuuuuuuuu --' So, penyudahnya masa aku & housemates banyak dengan kemas rumah lah, tengok movies lah, lepak Mall lah, macam-macam. Aku dapat housemate baru which is dua orang classmates aku & sorang coursemate. Syukur Alhamdulillah. So far, semua okay.

2nd week? Haaa ini dah mula menggila. Isnin & Khamis ada class Law sampai lah 9pm. Siangnya pula jadual boleh tahan padat. Especially thursday. Astaghfirullah, sabar jelah. And class untuk subject lain semua dah masuk termasuk sbjek semester 2 yg baru ambil this sem. So far, okay semua. Just belum dapat slides, notes dari lecturer. And aku rasa sbject paling tough utk this sem of course lah account & law. Seriously, aku x sangka sebegitu susahnya law? And account memang lah bukan makanan aku kalau bab2 nombor ja. But lecturer tu, best. and cara mengajar pun aku dapat tangkap ah. Walaupun lambat ( Aku selalu tangkap lambat yah kalau study ) heee. And subject lain, pun sama susah. But kalau set dalam kepala otak susah, memang susah lah jadinya kan? that's what lecturer acc aku cakap tadi. hee. so, just berusaha ja lah. Debaek ah. Stay positive. Good things will happen.

penyebab rambut rapuh aku this sem

And anasir-anasir jahat yang cuba masuk dalam kepala otak aku ni, aku cuba lah tepis pis pis!! susah doh, tapi fight! syaiton tu semua benda tu. hahaha. So, thats all.

Take Care.

bie.