Kenyataan tu sial. kan? ya sial.
dan kenyataan bahawa sepasang mata aku lihat gambar yg kau muat turun dalam akaun kau tu menyakitkan. amat sangat menyakitkan. aku lihat. aku teliti. setiap inci. ya, aku tahu kau muat turun gambar tu bukan tanggapan kau sebagai kawan, atau kawan rapat. aku macam kau, aku tahu.
aku pedih setiap kali aku lihat gambar tu. empat kesemuanya. pedih. sakit kau tahu? bukan sepatutnya aku yang ada dalam gambar itu bukan kau? bukan senyuman tu lagi manis kalau aku yg ada dalam gambar tu? manis senyuman tu. sumpah aku rindu. ya, rindu. ini gambar kedua aku lihat. yang pertama, aku boleh terima. pelan-pelan aku terima kerana itu masa lalu. tapi yg ini? entahlah. caption kau pun boleh tahan.
entah keberapa kali, aku cuba respect kau, hormat kau. tapi kenapa kau tak hormat aku? kau sakitkan aku. kau buat seolah aku tak ada perasaan langsung. tolong. aku merayu. kau janji pada aku kau akan cuba move on. aku tak nampak apa usaha kau untuk move on. aku sakit tiap kali kau gunakan segala macam cara utk buat aku jatuh. mungkin itu biasa bagi kau. tapi bagi aku? kau tak pernah terfikir macamana sakit aku kalau aku tgok? tak aku tidak sakit. tapi aku hancur.
cemburu? haha. kau bagitahu aku siapa yg tak cemburu? kalau jd situasi mcmni? cukuplah kau ada depan mata dia 24jam setiap hari. kau tengok dgn mata sendiri rutin harian dia. aku? haha. kau boleh gelakkan aku. boleh. tapi tolong jgn buat aku sakit lagi. kau sekat kami berhubung, kau kata itu ini. and minggu ni, aku boleh kira berapa saja chat yg masuk antara aku & dia. itu cukup buat aku sedih kau tahu? kau tahu tidak? minggu ni ada banyak masalah yg datang. aku tak boleh cerita langsung dgn dia apa masalah aku. sampaikan aku menangis fikir masalah sendiri. aku kecewa. aku sedih. aku taktahan kemudian aku menangis sampai aku tak sedar aku tertidur. apa lagi kau nak? apa? aku nak kau faham, kalau kau rasa kau sorang ja yg rasa sial sbb berperasaan begitu, ada aku. aku rasa hal yg sama or maybe lagi teruk dari kau.
asal kau tahu. aku kalau nak maki hamun marah cerca kau, aku boleh bagi free direct terus dari mulut aku. ahhh tp ntah mana datang sisa kesabaran aku ni. utunglah kau. kalau tidak. kalau tidak, makin benci lah kau kat aku ya? sorry ah, aku tak kuasa cakap banyak kali tapi aku nmpk still tak ada improvement kau buat. what the fuck is that? kau bercakap just nak menyenangkan hati aku ka apa? kalau ya, baik hentikan. aku lebih rela kena kutuk maki hamun depan2 daripada kena janji itu ini tp motif utama just nak mnyenangkan aku? pergi mampos ah. ehh, nampak aku ni bodoh sgt kn? itu yg kau nak ke apa? asal kau tahu juga, pedih juga bila dia kadang-kadang jaga hati kau lebih dari aku. tapi mungkin aku ja yg rasa begitu aku tak tahu. minta maaf kalau tanggapan aku salah. jgn cakap aku just tahu cakap saja, memang lah senang. hey hey, aku pernah kene buang mcm sampah berulat tepi jalan, aku pernah tunggu org tu berharap itu ini dan kemudian aku pernah tatang orang tapi akhirnya dia hilang tiba-tiba dari mata aku. tiada kata putus. sekali lagi, buat aku macam sampah berulat yg orh nak dekat pun jijik. masa tu aku tak ada siapa2. terpulang kalau kau tak percaya. kau jgn cakap aku tak pernah rasa apa yg kau rasa, jgn cakap aku tak faham apa kau rasa. sbb.. aku lagi dulu rasa mcmana rasa sakit tu berpuluh kali ganda. aku dah banyak kali hancur dan aku kukuh semula. dan sekarang? tiada siapa tahu kalau aku dalam rangka kehancuran semula.
tolong, jgn buat hak milik orang lain macam hak milik kau. dia bukan barang permainan.
aku penat. aku penat kau tembak aku macamni. badan aku berlubang sana sini. baju tebal aku makin menipis. aku tidak minta belas kasihan kau. tapi tolong, jgn biar aku mati. jgn biar aku mati ditangan kau. tolong sedar kedudukan kau sekarang bkn macam dulu, tolong jgn buat sesuatu yg kau rasa masih releven utk kau lakukan sekarang. tidak. itu tidak sama lagi. ya, aku bagi kau kelonggaran. aku benarkan bila kau nak buat itu buat ini. sungguhpun, sumpah demi Tuhan, aku benci perbuatan kau tu. aku bagi kelonggaran. tp kenapa kau pijak aku? kau pijak aku sampai lumat? kenapa?
tolong. aku merayu. sepuluh jari aku susun depan kau. tolong. biar aku dengan dia bahagia.
tolong. aku merayu. bagi aku peluang untuk tahu apa yg dia buat sepanjang hari,
tolong. aku merayu. jangan sekat aku. jangan sekat dia.
tolong. tolong sangat-sangat.
tolong faham aku. tolong rasa aku.
kalau dulu kau tahu erti menghargai org lain.
itu bagus.
tapi sekarang
kau tahu satu benda? kau dah terlambat.
aku?
ya aku org itu
yg rampas dia dari kau
yg ragut hati dia bila masa kau hilang ntah kemana
yg ada bersama dia bila kau langsung tak pandang bila dia merayu kat kau
aku?
yg perhati kau dari jauh
yg dengar cerita baik buruk pasal kau
yg berpura-pura gembira bila tahu kau cari dia balik
aku?
ya aku.
yg jadi saksi tangis sakit dia bila kau buang dia dulu
AKU.
aku ni,
yg kau pernah persoalkan
ada ke org yg boleh tahan macamana kau tahan dgn dia.
ya, AKU.
ehh chup! kalau kau tahan, kau takkan tinggal dia rasanya?
kau takkan cari lain rasanya? kau takkan kasar dgn dia rasanya?
kau takkan cakap benda-benda yang kononnya mmg dari dulu kau mcmtu
lawak pun ada weii. manusia ni bukan lahir-lahir terus jd mcm apa dia skrg tahu tak?
kau tak sedar kau yg corak diri kau jadi mcm apa kau cakap tu.
dan satu hal yg aku tak patut buat;
CURANG.
sebab aku tahu macamana rasanya
aku kena tinggal sebab CURANG
rasa dia
macam gampang kau tahu tak?
kau bayagkan, kau tatang orang tu tapi org tu cari lain.
kau rasa bodoh tak? kau rasa nak ulang kebodohan tu tak?
then dgn 'maaf' kau rasa boleh hilangkan rasa gampang tu?
kau tanya lah siapa pun. dorang akan ingat sampai dorang mati.
dan sekarang kau pula yg nak merayu,
kau pula yg nak menunggu,
kau pula yg nak berusaha,
terlambat.
masa tak boleh undur.
itu kenyataan nya.
sudahlah,
tolong sedar,
sebenarnya,
bukan kau saja yg sedih,
tapi aku.
aku sedih kau macamni,
aku sedih kau buat aku macamni,
Aku sedih sebab dia jauh dari aku,
aku sedih sebab mood kau dia masih jaga tp aku kadang2 jaga mood sendiri disini,
aku sedih sebab aku terpaksa mengalah untuk tengok kau 'move on'
tapi aku masih tak nampak apa-apa.
Aku sedih sebab aku sedih.
aku sedih pasal semua benda.
aku minta maaf, aku tidak sekuat kau.
JUJUR, aku nak sangat kau baca apa yg aku tulis ni. ya, sungguh.
No comments:
Post a Comment