Friday, November 9, 2012

Cerita ini hari.

Haii..

So, aku baru sembuh. Kena demam & asma. Act, entry sebelum ni, masa update blog tu aku sudah rasa lain macam kn tp aku abaikan, sampai lah masa mau tidur. Aku kena asma attack. Prap! tetiba badan panas, rasa sejuk semacam. Okayy, time tu aku tahu aku demam. So, pagi ni aku rasa okayy sikit lah kn, badan nda panas walaupun nafas tu berbunyi lagi. Tapi skrg, okaylah Alhamdulillah. Dapat lah jugak aku tgok Anugerah Skrin malam ni & tengok si hot mama, Nora Danish dalam tv. EH? okayy lari tajuk kn, yahh aku tau =='

Okayy. hari ni jugak result final exam keluar. Well, yeah sebenarnya lah kn, aku takut. Tapi sebab aku demam kn, aku agak teda perasaan mau takut semua tu & perasaan aku lebih kepada perasaan cinta kasih sayang aku dengan katil bantal selimut yg setia menemani dikala dini hari. HAHA. okayy lucu? nda ==' So, dengan perasaan yg berdebar-debar lagi berkecamuk jiwa raga, aku bukak student portal & check result. TADAAAA! result aku teruk weyhh.. like, seriously! Aku teda masa mau bergurau senda gelak ketawa skrg tau. yepp, ponter aku nda sampai pun 2.00. aku ulang! TIDAK SAMPAI 2.00 & aku kena amaran pertama. aku ulang lagi! AMARAN PERTAMA. kau pikir siok ka begitu? Okayy lah, pointer aku 1.98 sahaja & sipi lagi mau 2.00. Siapa yg kejam dalam bab ni? hah? siapa? And aku ada 2 subject failed. CSC253 & MAT112. Dua subjek yg memang aku target gagal. Yepp, aku kena repeat lah untuk sbjek2 ni. Setakat ni aku dapat tahu classmates aku ramai jugak yg failed CSC253, MAT112 & PAD120. Subjek lain aku ndatau lagi. And ada jugak lah yg seangkatan dengan aku gagal 2 subjek. ( phuii, apa aku merepek ni? ) aku ni kan, sejak azali lagi memang agak tdak cerdik dalam ilmu hisab nibah kn so aku biasa suda kalau tgok math aku failed. Tapi, tgok lah kn pointer aku, sudahlah sikit lagi dismiss, kena amaran pertama lagi? bagus kau terjun sana sungai padas bie! Tapi kn, aku sudah cuba yg terbaik & percubaan aku tu nda cukup mau sampai ke tahap g lebih baik. So, aku kena work harder next sem. And aku bersyukur, aku nda kena dismiss & aku kena bagi peluang untuk buktikan dgn orang lain yg aku boleh baiki pointer aku tu ke tahap yg lebih bagus lagi. Insyaallah, Amin. Ini semua cukup buka mata aku yg mulai sem depan aku nda boleh main2 lagi, aku kena biasakan hidup aku sebagai pelajar ipta & aku Insyaallah boleh baiki pointer aku :)
Adik-adik yg ada cita-cita masuk U, kalau sudah masuk U tu kn, jgn jadi macam kakak ni, mintak puji kn malas belajar, kau tgok tu pointer aku! sikit ja lagi mau dismiss. Ingat keluarga kamu, ingat diri sendiri, jangan jajal macam kakak ni. aha.

Aku ni sebenarnya suka membaca, ulat buku? entah sesuai ka nda istilah tu dengan aku. Yang pentingnya, aku suka membaca. Apa2 jenis bahan bacaan mesti aku bedal lah. Okay kamu pernah dengan pasal buku bogel menuju tuhan? nda? sila google. Act, aku beli pun online sebab di Sabah ni aku nda jumpa buku tu ==' So, awal tahun tu aku google punya google mana aku boleh dapat buku ni & aku jumpa satu blog dari Kelantan kalaunda silap yang ada jual buku ni. Harga aku lupa, cuma berbaloi lah dengan kandungan buku ni & Zahiril Adzim? yepp, aku pnya fav actor lepas Beto Kusyairy. Sampai skrg aku still baca & nda pernah bosan lagi baca. aku bagi 5/5 untuk buku ni. Even skrg pn, kalau rasa mood tu mau lari kn, aku buka buku ni & baca. Ini dia : -




Sekarang, masih jiwa kacau sebenarnya. Saja ja buat2 happy kn. Tembirang kn, biasaaaaaa bah. Aku rindu dia, like seriously sangat2 rindu!Suara dia, ketawa dia. Maigad! Dia rindu aku kah? Dia ingat aku kah? :'(

bie.

No comments: