Monday, November 12, 2012

Watch me fall apart.

It’s the loneliest feeling in the world - to find yourself standing up when everyone else is sitting down. To have everybody look at you and say “what’s the matter with her?” I know what it feels like. Walking down an empty street, listening to the sound of your own footsteps. Shutters closed, blinds drawn, doors locked against you. And you aren’t sure whether you’re walking toward something, or if you’re just walking away.

2.06am..

Otak berfikir sejak 3 jam yg lalu. Ligat berfikir. Tapi aku masih tdk dapat jawapan yg aku mahu. Aku mengaku aku menangis lebih 3 jam. Hati aku sakit, mata aku sakit. Sakit sampai aku sendiri pun tdk tahu mau terangkan macamana. Teramat sangat sakit! Even sampai saat ni, aku masih sugul, yahhh mungkin mata aku penat sampaikan aku tdk boleh lagi menangis. Aku penat. Sumpah aku penat! Mungkin selama ni aku pendam, aku diam, aku sabar. Tapi semua tu sudah cukup & aku keluarkan hampir semua yg aku rasa. And apa yg aku rasa? s-a-k-i-t. Aku tdk tahu mau cerita macamana, aku mahu kongsi tapi aku sendiri pun susah cerita. Aku minta maaf. Tapi, cukuplah aku cakap, aku rasa aku tidak dihargai.

Apa kamu rasa bila rasa sakit hati kamu, kamu terpaksa simpan sendiri, tanggung sendiri, sedih sendiri? Aku tdk boleh cakap macamana rasa dia. Teramat sakit! Kamu cuba cari kawan yang kamu rasa dia lah satu2nya yang faham situasi kamu skrg tapi kawan kamu tu tiada. Mahu cerita dengan mama tapi mama langsung tdk pernah tanya kamu okay atau tidak. Mahu cerita dengan orang yg kamu sayang tapi kamu tidak tahu kamu masih wujud dalam hidup dia, hati dia atau tidak. Kamu pernah rasa semua yg aku rasa sekarang ni? Aku penat jadi aku. Aku hampir2 putus harapan. Aku rasa aku tdk cukup baik untuk semua orang. Untuk parents aku, untuk kawan, untuk keluarga aku yg lain, untuk dia yang aku sayang. Dia, tiba-tiba menjauh dari aku, lebih sebulan. no text, no call. aku buat dosa apa? salah apa sampai aku kena buat macamni. Serius aku kecewa. Susah untuk aku sayang orang, tapi aku sudah sayang & jadi macamni pula, aku sakit.

Dalam keadaan aku macamni, aku nda akan dapat tidur. Even tadi aku ada ambil 1biji panadol & 1biji ubat selsema dengna harapan aku boleh tidur. Tapi itu tdk membantu! Yess, aku ingat pesan dokor tempoh hari. Cukup rehat, jangan tiggal makan, jangan stress. Tapi skrg apa? Aku rasa semuanya tdk akan membantu lah skrg. Semuanya sia-sia. Aku rasa teruk. seriously.

Aku takut. Kalau esok lusa aku tdk bangun2 lagi. Aku rindu semua orang di sekeliling aku. Kerenah kawan2 aku, parents aku yg tersayang, cousin2 aku yg periang, si kesayangan aku yang nakal tu. Mesti aku rindu tu semua kn? Aku minta maaf k kalau aku ada buat salah dengan kamu semua, aku sayang kamu. Mungkin bukan salah sesiapa aku jadi macamni, rasa sakit macamni, tapi aku terpaksa cakap yang aku sekarang sudah hancur. Perasaan aku hancur, hati aku sakit, otak aku kosong. Mungkin tiada yang faham buat masa ni. Tuhan saja yg tahu. Aku sedih. Terlalu sedih. Tapi satu yang aku mau cakap, aku sayang semua :')

Untuk beberapa waktu, aku tidak akan log in Facebook, jauh sekali twitter & mungkin juga blog. Handphone mungkin aku tidak layan untuk beberapa hari. Bukan mahu menjauh, tapi aku manusia biasa, perlu masa & ruang untuk bertenang semula. Aku agak penat dengan semua hal2 ni, mungkin aku perlu berehat. Kan? My heart is sick and sad. Sorry guys.

God Bless.

bie.

No comments: