Saturday, May 25, 2013

Molek #2.

“ There are moments we return to, now and always. Family is like water-it has a memory of what it once filled, always trying to get back to the original stream. ”

Tawau, Sabah. 

Pernah kau rasa berat hati? Aku bagi contoh. Situasi aku ; ada berapa belas hari lagi untuk aku melangkah semula ke semester baru. semester 3. Berat hati di sini, bukan sebab aku takmahu jejak kaki sambung kewajipan, bukan juga sebab aku tak mahu bangun awal bersiap ke kelas, malah bukan sebab aku enggan terima pelajaran baru. Aku berbesar hati, malah teruja. Tapi satu hal yang buat aku galau ; bila aku fikir pasal keluarga kecil aku. daddy-mummy-adik. Bukan aku tidak biasa pisah jauh. Tapi tiap kali aku balik dari cuti panjang, aku rasa sedih tahap maksima. Kau rasa aku tunjuk depan dorang? Tidak. Aku tetap dengan keras aku. Aku boleh gelak ketawa sepanjang perjalanan beaufort-kk. gelak gelak gelak. Tapi, fikiran aku lambatlah sampai, lambatlah sampai, lambatlah sampai!

Tapi. Apa yang aku tahu. Cuti aku tetap juga habis. Aku pun tetap juga kena mula semester. Yang penting ; n-a-w-a-i-t-u.

Dalam banyak-banyak manusia. Yang bergelar anak. Aku rasa aku anak yang paling keras kepala dalam dunia. HAHA. Apa tidak? apa aku rasa nak cakap, aku cakap. And kadang-kadang aku lupa mereka manusia paling mulia dalam hidup aku. Aku hilang hormat. Aku lupa. Leka dengan kononnya pendapat peribadi, kononnya memperbetulkan apa yang salah. Tapi apa sebenarnya? Lebih kepada soal kebiadaban & memberontak. Aku ingat aku yang betul. Aku ingat aku belajar di Universiti, aku hebat. Aku ingat pendapat aku boleh diterima pakai selalu. Tidak. Tapi setiap hari, aku makin faham. Aku buat semua untuk manusia paling mulia yang aku kenal. Mungkin bila tiba masa aku kalah dengan emosi, atau fikiran sukar berfikir, aku ingat keluarga, aku ingat ibubapa, aku akan bangun balik. Untuk siapa aku hadap buku-buku, kertas-kertas bertimbun. Untuk siapa aku bangun awal pagi, tunggu bas uitm ambil, masuk kelas, hadam ilmu, balik lewat petang kadang-kadang malam. Harap aku ingat sampai aku mati. Aku dalam perut siapa 9 bulan 10 hari, siapa rawat aku bila aku sakit, siapa marah aku bila aku silap, siapa ajar aku ABC, siapa ajar aku mengaji, siapa ajar aku untuk kerja kuat sampai aku dapat apa aku nak. Cukup2 lah aku buat onar. Cukup2 lah. Tiba masa, aku jadi manusia yang berperangai manusia, jadi contoh untuk adik aku, mungkin tidak dari segi perangai, tapi mungkin lebih kepada pencapaian. Biar dia lebih dari aku, tidak apa. Kebahagiaan ibu bapa tu letak nombor satu :)

Semester baru. Celik mata, setahun aku jadi UiTM-ian. Buka semester baru, aku dalam semester 3. Aku budak Public Admin. Aku tak perlu bawa kalkulator saintifik kesana kemari, tidak perlu berfikir panjang pasal jenis-jenis campuran kimia itu kimia ini. Course aku memang susah kau nak nampak nombor. Of course lah subjek account & economics. Mungkin kalau adik-adik yang ingat Public Admin senang, kuburlah  jalan fikiran kau tu dalam-dalam. Jangan bagi keluar. And mungkin juga kau memerlukan berkotak-kotak kismis kalau jadi budak PA. Sorang kawan aku cakap, Alahh budak PA senang. Baca-faham-hafal. Tadaaaa. Kepala hotak kau! Kalau lah kau tahu bahan bacaan yang kau kena cari tu tidak cukup satu library, kalau lah kau tahu faham satu teori tu memerlukan berjam-jam utk faham, and kalau juga kau tahu lah untuk hafal satu fakta TANPA kesalahan tu lagi susah daripada segala jenis susah. haha. Kau bayangkan, kau jawab test, fakta yang kau hurai satu mukasurat penuh adalah fakta yang kurang tepat, atau kau nak sadis lagi? Fakta kau bagi, salah. Kau rasa kalau markah penuh 25m ; berapa markah kau dapat? Aku pernah. Tahu berapa aku dapat? 5markah. Sebab? fakta & huraian aku salah. semua. semua. Bayangkan? Tu masa aku semester 1. Tapi relaks ahhhh, aku tak marah pun. Cuma aku nak kau tahu jadi budak PA tidak kacang yang kau cakap. Even semua jenis course pun susah. haha. Mungkin sebab kau budak pandai, kau anggap semua benda senang, itu aku tak tahu lah. Plus. Aku tidak tergolong dalam student yang rapat dengan mana-mana lecturer & untuk aku dapat 'bonus mark'? memang tak lahhh. aku tidak ada kemahiran untuk itu. Biar aku tidak dipandang, asal aku hormat pemberi ilmu. So, lagi satu kerja keras yg aku kena buat, bangkit sendiri, kerja sendiri walaupun untuk 1 markah carrymark. haha.

Tuhan ;

Sihatkan ibu bapa & adik aku,

Panjangkan umur,

Limpahkan seberapa banyak rezeki,

Kurniakan kebahagiaan,

Kurniakan kecerdikan untuk adik aku,

Cekalkan hati kami anak-beranak. Amin ya Rabb.

Aku terfikir. mungkin sekarang ada anak muda digelar pemberontak, Tapi mungkin juga 10 tahun akan datang, dia pemimpin kita. Siapa tahu, kan? Ampun maaf, tolong jangan kecam aku, aku tidak kaitkan sesiapa, tapi itu hanya fikiran aku, pandangan peribadi aku. Tiada yang mustahil. Bukan begitu? Terima kasih :)


Take care.

bie.

No comments: