Thursday, May 23, 2013

Molek #1.

'' Never treat anyone like a stone, as if they don't feel anything, because when a stone gets back at you they can cause real pain. ''

Tawau, Sabah.

Aku punya perasaan. Sama macam kau kau kau dia dorang semua. Cuma perasaan aku susah dibentuk, susah dicorak, susah susah susah. Dan orang yang cepat mengalah, akan angkat kaki dari hidup aku. Haaa, itu aku. Keras batu, mungkin keras lagi aku. DAN macamana aku elak perasaan aku pun, aku kalah juga sebenarnya.

Aku? cakap lah apapun. Bangsat, sial, jahanam sekalipun. Aku terima. Sebab diri aku sendiri pun aku susah kawal. Kejap aku baik, kejap moody, kejap marah, kejap high, kejap baran. Euwww. Aku sendiri benci kalau masa saka baran aku datang. Aku akan jadi manusia yang paling jahanam tahu? tahu? Adik aku selalu kena sepak terajang aku kalau baran aku datang. So, kau rasa tidak jahanam kalau sepak darah daging sendiri semata-mata mahu ikut baran? Itu jahanam. Tapi, mungkin skrg aku boleh control baran aku, even just berapa peratus saja, yang penting aku cuba cuba cuba! Kisah pulak aku kan orang cakap apa. Kau cebok taik aku kah? atau kau bagi duit bayar sewa rumah aku kah? atau bayar yuran ipta aku? tidak kan? Jangan menghakimi, atau lebih parah ; menghukum. Kalau kau rasa kau perfect,sila lah hukum aku. Tapi kalau kau rasa kau pun tidak perfect, macam aku, macam orang lain. Hentikan lah. Sebab, bagi aku orang yang suka judge orang lain ni orang yang letak kedudukan dia di tahap yang rendah. Pernah dengar 'paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'. Pernah? Fikir sendiri.

Aku juga manusia yang hobinya asyik menghadam segala jenis cerita. Dari cerita negara sendiri, bunuh, rogol, samun, rompak, tipu, cerita artis-artis yang kebanyakan kejap populariti sampai lah cerita gossip mensyuarat tingkap Mak Jemah. Kadang2 cerita sampah pun aku layannn. Semua aku hadam. Dan dari apa aku hadam, pasti aku tahu satu demi satu benda yang selama ni aku silap pandang. Dan aku lengkapkan juga dengan pusing kiri kanan lens kamera aku. dari gambar candid ke gambar yang lebih bermakna. Semua aku hadap. Ada orang pernah cakap, aku terlalu bebankan fikiran sendiri sebab banyak hadap cerita orang lain. Mana nak fikir masalah sendiri lagi? Jawapan aku senang ; Aku gelak & aku balas balik dengan pertanyaan. 'Aku tak rasa tolong ringankan beban fikiran orang tu satu bebanan. Kau rasa macamana?'

Ramai juga yang cakap aku manusia pemberontak. Termasuk ibu bapa aku. Kadang-kadang, pendapat orang aku bidas. Aku bidas balik pakai pendapat aku yang aku rasa betul, dari perspektif yang aku rasa lebih sesuai. Aku buat benda pelik yang aku rasa puas. Tindik lidah sendiri, itu perkara bangang yang pernah aku buat. Tapi, aku puas. Sebab aku jenis manusia yang apa yang aku nak, aku buat, aku dapat, aku puas. Kalau aku nak hijau, kau bagi aku pink? Kau boleh pergi mampus. Aku taknak.

Dan. Macamana jahanam sial babi pun kau rasa aku ni. Perkara yang paling aku elak dari aku bangun pagi sampai aku tidur malam. Ialah ; Balas perbuatan jahat orang dengan kejahatan. Relaks baii. Ibu bapa aku tidak pernah ajar aku balas jahat orang dengan kejahatan. Kerabat keluarga aku tidak pernah buat jahat dengan orang dengan kejahatan juga. Kenapa mesti aku? Lek ahhh. Allah ada. Moral of the story, kau buang lah taik banyak mana kau suka. Aku diam. diam. diam. Tapi bukan sebab aku takut. Sebab kalau aku mula buka mulut, aku takut kau sendiri yang malu dengan apa yang kau buat tu lah sebenarnya taik. The best part is, macamana jahat pun kau buat aku ( kecuali lah tahap hantar 'barang'. Nauzubillah ), aku jenis orang yang akan tetap ketawa sampai keluar anak tekak, happy happy, lompat kegirangan, ikut kepala otak biol aku tanpa fikir apa2 pun pasal jahat org buat aku. Aku tetap dengan style kekampungan aku, sebab apa? Asal usul aku memang kampung. Aku bukan budak bandar macam kau, kamu, dia. Bukan. Macam aku cakap tadi, Allah ada. DIA perlindung, DIA tempat bergantung. Soal takut gentar gerun? Hell NO! ;)

Plus. Aku punya kawan sehidup semampus yang selalu support aku wlaupun dorang juga yang bikin aku mampus awal. Tapi kalau tiada, aku sudah lama hanyut. Aku punya ibu bapa yang selalu dukung aku dari belakang, yang mahu aku hidup senang bila kedua mereka bersara dari kerjaya mulia mereka, yang mahu aku balas jasa mereka dengan ilmu & kejayaan. Cukup itu yang mereka mahu. Dorang tak pernah cakap, tapi aku tahu. Tidak percaya? Lihat anak mata mereka masa kau tunjuk keputusan peperiksaan kau. Bukan soal, keputusan kau baik, sederhana atau buruk. Lihat anak mata ibu, ayah ; kau akan tahu apa mereka rasa. Good Luck! Dan aku punya cousin sampai lubang kubur yang paling faham aku. Aku cerita semua yang aku rasa & aku aku rasa aman lepas 10minit. Aku juga punya orang tu yang aku sayang. Sangat sayang. Bukan soal lama kejap aku kenal manusia yang satu ini, tapi macamana dia boleh faham aku, macamana sikap dia dengan aku. Cuma, apa yang aku lalui dgn dia bukan senang utk org faham. Bayar aku berapa pun, aku takkan cerita. Pergi sana buat cerita romantika kau sendiri. Sebok ahh. Yang aku tahu skrg ni. Aku ada dia, dia ada aku. Aku sayang dia :)

Macam biasa lah, 'kau' dalam bebelan aku tu umum. Bukan untuk siapa-siapa.

Take care.

bie.


No comments: