Wednesday, June 19, 2013

New Journey.



Assalamualaikum. This is the second week of semester 3. Sebelum batak tulis pakai broken english, baik aku tulis BM.

1st week, masih boleh relaks. Aku just datang 2 lecture ja. Alahh bukan aku malas, tapi lecturer pun tak masuk, baik kami bermimpi di siang dan malam hari selagi ada kesempatan. Auww. So, masa aku habiskan utk tidur terbongkak sambil mimpi pasal selena gomez makan aiskrim coklat ditepi pantai. Eh eh, malangnya mimpi tu tidak wujud. fuuuuuuuuuuuuu --' So, penyudahnya masa aku & housemates banyak dengan kemas rumah lah, tengok movies lah, lepak Mall lah, macam-macam. Aku dapat housemate baru which is dua orang classmates aku & sorang coursemate. Syukur Alhamdulillah. So far, semua okay.

2nd week? Haaa ini dah mula menggila. Isnin & Khamis ada class Law sampai lah 9pm. Siangnya pula jadual boleh tahan padat. Especially thursday. Astaghfirullah, sabar jelah. And class untuk subject lain semua dah masuk termasuk sbjek semester 2 yg baru ambil this sem. So far, okay semua. Just belum dapat slides, notes dari lecturer. And aku rasa sbject paling tough utk this sem of course lah account & law. Seriously, aku x sangka sebegitu susahnya law? And account memang lah bukan makanan aku kalau bab2 nombor ja. But lecturer tu, best. and cara mengajar pun aku dapat tangkap ah. Walaupun lambat ( Aku selalu tangkap lambat yah kalau study ) heee. And subject lain, pun sama susah. But kalau set dalam kepala otak susah, memang susah lah jadinya kan? that's what lecturer acc aku cakap tadi. hee. so, just berusaha ja lah. Debaek ah. Stay positive. Good things will happen.

penyebab rambut rapuh aku this sem

And anasir-anasir jahat yang cuba masuk dalam kepala otak aku ni, aku cuba lah tepis pis pis!! susah doh, tapi fight! syaiton tu semua benda tu. hahaha. So, thats all.

Take Care.

bie.

Saturday, June 8, 2013

As a human being. Aku cuba jadi yang terbaik untuk semua orang di sekeliling aku. Tapi kadang-kadang, aku rasa tiada satu orang pun yang cuba jadi yang terbaik untuk aku. Aku pernah cakap, aku tidak percaya janji. Aku serik. Tapi kali ni aku beralah, sebab yang berjanji tu, darah daging aku. Walaupun bukan janji bulan bintang. Tapi bagi aku mcmana kecil pun janji tu, aku pandang serius. Tapi bila kali ni aku terpedaya lagi dengan janji, aku sakit balik. Aku tak tahu aku yang terlebih emosi atau aku memang rasa kecewa. Mungkin sebab ebih dari 24jam aku cuba telan tahan, aku cuba tak makan hati tapi last2 aku yang rasa teruk. 

Begini lah, kalau rasa tidak sure dengan janji yang dibuat sendiri, please jangan bagi orang tertunggu-tunggu. Mungkin aku tunggu macam orang bodoh tahap kepala babi tapi bila sampai waktu yang kamu janji. MANA? Tolonglah. Aku merayu, hati aku merayu, jangan lagi berjanji dengan aku. DAN tolonglah hati, jangan lagi termakan dengan janji sesiapa pun. Aku sudah cukup sakit. Apa yg aku rasa sekarang, sumpah tiada orang boleh rasa. Even kau cakap kau boleh rasa, prove it! Aku tidak harap ucapan maaf, tapi tolonglah at least say something. Aku tidak minta explain panjang lebar. Aku cuma minta terangkanlah supaya aku boleh faham & air mata aku tak jatuh. Aku sakit. Serius sakit. 

And bila sampai masa aku tolak ajakan bestfriend aku. Kau boleh tahu macamana keadaan aku. Aku tidak pernah tolak ajakan dorang. Never. Tapi tadi, mungkin timing salah. Dan siapa yg ada untuk aku sekarang, SIAPA? aku tanya. Kalau betul anggap aku wujud, boleh cari jalan utk tanya kenapa. Macamana susahnya keadaan tu. Tapi so far, no one :) Mungkin juga bukan nasib aku kalau masa aku rasa macamni, tiada yang kisah. Its okay aku pun biasa hidup begini. Hidup macam mati. 

Fuhhh. Serius semangat aku hilang entah kemana. Its okay, aku tahu aku siapa. Aku sakit means aku sendiri juga yang kena rawat. Rawat diri sendiri. Tunggu orang ringankan beban? at least dgr masalah aku. Mungkin aku tak perlu tunggu sebab aku pun taktahu siapa, bila?

Its okay. Biar perasaan aku larut sendiri. Pulih sendiri. Sebab apa? Kalau mati pun, kita sendiri.

Take care.

bie.

Hellooo semester 3 :)

Syukur Alhamdulillah aku menapak satu langkah kedepan lagi. So now, aku budak part3. Bangga? Hell yes! Bangga sebab aku still bertahan lepas setahun lalui itu ini blablabla di campus. But at the same time, rasa cuak ah kan. Subjek sem ni seolah membunuh jiwa raga ku ini. HAHA. but its okay lah. aku bukan sorang. Paling penting, housemates aku 3 orang semua satu course dgn aku & paling gila babi punya bersyukurnya aku 2 of them adalah classmates aku. Yang paling sebulu dengan aku. Fidelina & Nieya. And sorang lagi, course sama but group lain. ( sbb housemate lama aku pindah ke block depan ). Aku ingat lagi kan last sem kalau time tengahari, aku selalu ikut dorang ni balik rumah sewa dorang nun atas bukit. Memang penat la kan kalau naik ke rumah dorang, dah lah tingkat paling atas. tingkat 5. haaaa tu makan dia! Yang paling best satu rumah dgn classmates merangkap classmates paling rapat dgn kau ni, memang senang discuss apa semua la kan. And of course lahh weii gossip pun menjadi. Alaahh macam kau tak pernah gossip pasal junior yang yg brkenan dimata kau. Come on! ;)

So, selesai packing. Aku balik KK esok and maybe dorang housemates aku awal sampai dari aku. Aku? memang tak lah sampai sana pagi kan. Habes tu, beg semua segala macam aku nak beli bila? hah? Aku bagitau lah. Beg yg aku pakai sekarang, ialah beg keramat aku guna since aku form 3 sampai aku masuk U semester 2. And semester 3 ni rasanya mau beli beg baru. HAHA.

Now, tinggal beli barang apa yang patut ah. barang itu ini. then setel lah.

Take Care.

bie.