Saturday, May 25, 2013

Molek #2.

“ There are moments we return to, now and always. Family is like water-it has a memory of what it once filled, always trying to get back to the original stream. ”

Tawau, Sabah. 

Pernah kau rasa berat hati? Aku bagi contoh. Situasi aku ; ada berapa belas hari lagi untuk aku melangkah semula ke semester baru. semester 3. Berat hati di sini, bukan sebab aku takmahu jejak kaki sambung kewajipan, bukan juga sebab aku tak mahu bangun awal bersiap ke kelas, malah bukan sebab aku enggan terima pelajaran baru. Aku berbesar hati, malah teruja. Tapi satu hal yang buat aku galau ; bila aku fikir pasal keluarga kecil aku. daddy-mummy-adik. Bukan aku tidak biasa pisah jauh. Tapi tiap kali aku balik dari cuti panjang, aku rasa sedih tahap maksima. Kau rasa aku tunjuk depan dorang? Tidak. Aku tetap dengan keras aku. Aku boleh gelak ketawa sepanjang perjalanan beaufort-kk. gelak gelak gelak. Tapi, fikiran aku lambatlah sampai, lambatlah sampai, lambatlah sampai!

Tapi. Apa yang aku tahu. Cuti aku tetap juga habis. Aku pun tetap juga kena mula semester. Yang penting ; n-a-w-a-i-t-u.

Dalam banyak-banyak manusia. Yang bergelar anak. Aku rasa aku anak yang paling keras kepala dalam dunia. HAHA. Apa tidak? apa aku rasa nak cakap, aku cakap. And kadang-kadang aku lupa mereka manusia paling mulia dalam hidup aku. Aku hilang hormat. Aku lupa. Leka dengan kononnya pendapat peribadi, kononnya memperbetulkan apa yang salah. Tapi apa sebenarnya? Lebih kepada soal kebiadaban & memberontak. Aku ingat aku yang betul. Aku ingat aku belajar di Universiti, aku hebat. Aku ingat pendapat aku boleh diterima pakai selalu. Tidak. Tapi setiap hari, aku makin faham. Aku buat semua untuk manusia paling mulia yang aku kenal. Mungkin bila tiba masa aku kalah dengan emosi, atau fikiran sukar berfikir, aku ingat keluarga, aku ingat ibubapa, aku akan bangun balik. Untuk siapa aku hadap buku-buku, kertas-kertas bertimbun. Untuk siapa aku bangun awal pagi, tunggu bas uitm ambil, masuk kelas, hadam ilmu, balik lewat petang kadang-kadang malam. Harap aku ingat sampai aku mati. Aku dalam perut siapa 9 bulan 10 hari, siapa rawat aku bila aku sakit, siapa marah aku bila aku silap, siapa ajar aku ABC, siapa ajar aku mengaji, siapa ajar aku untuk kerja kuat sampai aku dapat apa aku nak. Cukup2 lah aku buat onar. Cukup2 lah. Tiba masa, aku jadi manusia yang berperangai manusia, jadi contoh untuk adik aku, mungkin tidak dari segi perangai, tapi mungkin lebih kepada pencapaian. Biar dia lebih dari aku, tidak apa. Kebahagiaan ibu bapa tu letak nombor satu :)

Semester baru. Celik mata, setahun aku jadi UiTM-ian. Buka semester baru, aku dalam semester 3. Aku budak Public Admin. Aku tak perlu bawa kalkulator saintifik kesana kemari, tidak perlu berfikir panjang pasal jenis-jenis campuran kimia itu kimia ini. Course aku memang susah kau nak nampak nombor. Of course lah subjek account & economics. Mungkin kalau adik-adik yang ingat Public Admin senang, kuburlah  jalan fikiran kau tu dalam-dalam. Jangan bagi keluar. And mungkin juga kau memerlukan berkotak-kotak kismis kalau jadi budak PA. Sorang kawan aku cakap, Alahh budak PA senang. Baca-faham-hafal. Tadaaaa. Kepala hotak kau! Kalau lah kau tahu bahan bacaan yang kau kena cari tu tidak cukup satu library, kalau lah kau tahu faham satu teori tu memerlukan berjam-jam utk faham, and kalau juga kau tahu lah untuk hafal satu fakta TANPA kesalahan tu lagi susah daripada segala jenis susah. haha. Kau bayangkan, kau jawab test, fakta yang kau hurai satu mukasurat penuh adalah fakta yang kurang tepat, atau kau nak sadis lagi? Fakta kau bagi, salah. Kau rasa kalau markah penuh 25m ; berapa markah kau dapat? Aku pernah. Tahu berapa aku dapat? 5markah. Sebab? fakta & huraian aku salah. semua. semua. Bayangkan? Tu masa aku semester 1. Tapi relaks ahhhh, aku tak marah pun. Cuma aku nak kau tahu jadi budak PA tidak kacang yang kau cakap. Even semua jenis course pun susah. haha. Mungkin sebab kau budak pandai, kau anggap semua benda senang, itu aku tak tahu lah. Plus. Aku tidak tergolong dalam student yang rapat dengan mana-mana lecturer & untuk aku dapat 'bonus mark'? memang tak lahhh. aku tidak ada kemahiran untuk itu. Biar aku tidak dipandang, asal aku hormat pemberi ilmu. So, lagi satu kerja keras yg aku kena buat, bangkit sendiri, kerja sendiri walaupun untuk 1 markah carrymark. haha.

Tuhan ;

Sihatkan ibu bapa & adik aku,

Panjangkan umur,

Limpahkan seberapa banyak rezeki,

Kurniakan kebahagiaan,

Kurniakan kecerdikan untuk adik aku,

Cekalkan hati kami anak-beranak. Amin ya Rabb.

Aku terfikir. mungkin sekarang ada anak muda digelar pemberontak, Tapi mungkin juga 10 tahun akan datang, dia pemimpin kita. Siapa tahu, kan? Ampun maaf, tolong jangan kecam aku, aku tidak kaitkan sesiapa, tapi itu hanya fikiran aku, pandangan peribadi aku. Tiada yang mustahil. Bukan begitu? Terima kasih :)


Take care.

bie.

Thursday, May 23, 2013

Molek #1.

'' Never treat anyone like a stone, as if they don't feel anything, because when a stone gets back at you they can cause real pain. ''

Tawau, Sabah.

Aku punya perasaan. Sama macam kau kau kau dia dorang semua. Cuma perasaan aku susah dibentuk, susah dicorak, susah susah susah. Dan orang yang cepat mengalah, akan angkat kaki dari hidup aku. Haaa, itu aku. Keras batu, mungkin keras lagi aku. DAN macamana aku elak perasaan aku pun, aku kalah juga sebenarnya.

Aku? cakap lah apapun. Bangsat, sial, jahanam sekalipun. Aku terima. Sebab diri aku sendiri pun aku susah kawal. Kejap aku baik, kejap moody, kejap marah, kejap high, kejap baran. Euwww. Aku sendiri benci kalau masa saka baran aku datang. Aku akan jadi manusia yang paling jahanam tahu? tahu? Adik aku selalu kena sepak terajang aku kalau baran aku datang. So, kau rasa tidak jahanam kalau sepak darah daging sendiri semata-mata mahu ikut baran? Itu jahanam. Tapi, mungkin skrg aku boleh control baran aku, even just berapa peratus saja, yang penting aku cuba cuba cuba! Kisah pulak aku kan orang cakap apa. Kau cebok taik aku kah? atau kau bagi duit bayar sewa rumah aku kah? atau bayar yuran ipta aku? tidak kan? Jangan menghakimi, atau lebih parah ; menghukum. Kalau kau rasa kau perfect,sila lah hukum aku. Tapi kalau kau rasa kau pun tidak perfect, macam aku, macam orang lain. Hentikan lah. Sebab, bagi aku orang yang suka judge orang lain ni orang yang letak kedudukan dia di tahap yang rendah. Pernah dengar 'paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'. Pernah? Fikir sendiri.

Aku juga manusia yang hobinya asyik menghadam segala jenis cerita. Dari cerita negara sendiri, bunuh, rogol, samun, rompak, tipu, cerita artis-artis yang kebanyakan kejap populariti sampai lah cerita gossip mensyuarat tingkap Mak Jemah. Kadang2 cerita sampah pun aku layannn. Semua aku hadam. Dan dari apa aku hadam, pasti aku tahu satu demi satu benda yang selama ni aku silap pandang. Dan aku lengkapkan juga dengan pusing kiri kanan lens kamera aku. dari gambar candid ke gambar yang lebih bermakna. Semua aku hadap. Ada orang pernah cakap, aku terlalu bebankan fikiran sendiri sebab banyak hadap cerita orang lain. Mana nak fikir masalah sendiri lagi? Jawapan aku senang ; Aku gelak & aku balas balik dengan pertanyaan. 'Aku tak rasa tolong ringankan beban fikiran orang tu satu bebanan. Kau rasa macamana?'

Ramai juga yang cakap aku manusia pemberontak. Termasuk ibu bapa aku. Kadang-kadang, pendapat orang aku bidas. Aku bidas balik pakai pendapat aku yang aku rasa betul, dari perspektif yang aku rasa lebih sesuai. Aku buat benda pelik yang aku rasa puas. Tindik lidah sendiri, itu perkara bangang yang pernah aku buat. Tapi, aku puas. Sebab aku jenis manusia yang apa yang aku nak, aku buat, aku dapat, aku puas. Kalau aku nak hijau, kau bagi aku pink? Kau boleh pergi mampus. Aku taknak.

Dan. Macamana jahanam sial babi pun kau rasa aku ni. Perkara yang paling aku elak dari aku bangun pagi sampai aku tidur malam. Ialah ; Balas perbuatan jahat orang dengan kejahatan. Relaks baii. Ibu bapa aku tidak pernah ajar aku balas jahat orang dengan kejahatan. Kerabat keluarga aku tidak pernah buat jahat dengan orang dengan kejahatan juga. Kenapa mesti aku? Lek ahhh. Allah ada. Moral of the story, kau buang lah taik banyak mana kau suka. Aku diam. diam. diam. Tapi bukan sebab aku takut. Sebab kalau aku mula buka mulut, aku takut kau sendiri yang malu dengan apa yang kau buat tu lah sebenarnya taik. The best part is, macamana jahat pun kau buat aku ( kecuali lah tahap hantar 'barang'. Nauzubillah ), aku jenis orang yang akan tetap ketawa sampai keluar anak tekak, happy happy, lompat kegirangan, ikut kepala otak biol aku tanpa fikir apa2 pun pasal jahat org buat aku. Aku tetap dengan style kekampungan aku, sebab apa? Asal usul aku memang kampung. Aku bukan budak bandar macam kau, kamu, dia. Bukan. Macam aku cakap tadi, Allah ada. DIA perlindung, DIA tempat bergantung. Soal takut gentar gerun? Hell NO! ;)

Plus. Aku punya kawan sehidup semampus yang selalu support aku wlaupun dorang juga yang bikin aku mampus awal. Tapi kalau tiada, aku sudah lama hanyut. Aku punya ibu bapa yang selalu dukung aku dari belakang, yang mahu aku hidup senang bila kedua mereka bersara dari kerjaya mulia mereka, yang mahu aku balas jasa mereka dengan ilmu & kejayaan. Cukup itu yang mereka mahu. Dorang tak pernah cakap, tapi aku tahu. Tidak percaya? Lihat anak mata mereka masa kau tunjuk keputusan peperiksaan kau. Bukan soal, keputusan kau baik, sederhana atau buruk. Lihat anak mata ibu, ayah ; kau akan tahu apa mereka rasa. Good Luck! Dan aku punya cousin sampai lubang kubur yang paling faham aku. Aku cerita semua yang aku rasa & aku aku rasa aman lepas 10minit. Aku juga punya orang tu yang aku sayang. Sangat sayang. Bukan soal lama kejap aku kenal manusia yang satu ini, tapi macamana dia boleh faham aku, macamana sikap dia dengan aku. Cuma, apa yang aku lalui dgn dia bukan senang utk org faham. Bayar aku berapa pun, aku takkan cerita. Pergi sana buat cerita romantika kau sendiri. Sebok ahh. Yang aku tahu skrg ni. Aku ada dia, dia ada aku. Aku sayang dia :)

Macam biasa lah, 'kau' dalam bebelan aku tu umum. Bukan untuk siapa-siapa.

Take care.

bie.


Tuesday, May 14, 2013

Fikir.


'' kau tak pakai tudung, masuk neraka woii ''
'' kau pengkid, neraka lah tempat kau ''
'' kau pondan, ahli neraka ''
'' kau hitam, macam bontot kuali, buruknya kau ''
'' ishh.. kau ni kenapa bodoh sgt. topik ni pun tak faham ke ''
'' bapak kau kaya, main rasuah eh? ''
'' kau ni gemok lah, takde yang nak kat kau ''

Mungkin kau terlalu perfect nak label orang sesuka hati kau
Atau kau malaikat yang ditugaskan untuk tentukan siapa masuk neraka, siapa ahli syurga
Teruskan lah.. teruskan..

TAPI ;

kalau kau rasa kau pun tidak lah sesempurna mana,
lupakan saja lah,
sebab? 

Kau percaya karma? Aku. ya aku. aku percaya. 
Kau bayangkan,
Kau kawin, dapat anak, anak kau makin membesar.
DAN membesar jadi seperti manusia-manusia buruk yg kau hina sepanjang hidup kau.

Fikirkan.

bie.

Friday, May 10, 2013

What you give you get back.

Haii..

So result UiTM diploma officially keluar semalam. Begini lah kalau bab2 memainkan perasaan. cakap jam 9AM keluar tapi jam 3AM mcmtu aku sudah dapat email dari uitm. Result? Alhamdulillah. even tidak sampai pun 3pointer. ada 0.3 point lagi sampai 3.0 pointer gua ( kira sendiri! ) haha. A bit dissapointed lah, sipi ja lagi sampai tarhet 3 pointer. Tapi lepas berteriak serupa apa benda aku pun tak tahu lahhh, akhirnya aku bersyukur. Rezeki Allah & aku tahu usaha aku selama ni ada hasil. Even aku tahu kalau aku rajin sikiiit ja lagi aku dapat capai target :') but masa sem1 pointer aku just 1.98 which is automatik aku dapat amaran pertama ( p1 ), syukur Alhamdulillah sem ni aku buang p1 tu. and aku naik banyak juga lah. Syukur ya Allah. Orang cakap, 'kau ambil 5 subjek, memang lah senang, korek hidung sambil jawab paper pun boleh'. lantak ah kau mau cakap apa. Tapi untuk aku, even kau ambil 2 subjek sekalipun, kau tidak usaha, kau tetap kandas.
Yepp, memang aku ambil 5 subjek beza dgn mmber lain yg ambil 7/8 subjek. tapi, aku ingat sampai mati macamana seksa juga aku struggle 5 subjek tu, mcmana susah hati aku tu Tuhan ja tahu. So, suka hati mak bapak kau lah cakap apa pun.

Sedikit bebelan ;

Interactive Multimedia ( CSC253 ) ; kenapa aku letak subjek ni pertama? yepp, sebab subjek ni lah aku gegar satu badan baca itu ini & masa final itu hari, apa yg aku baca, yg aku buat latihan mungkin 20% saja topiknya yg keluar. yang lain? gahhhhhhhh. and subjek ni juga aku repeat sebab failed lah masa sem1. tapi Alhamdulillah setelah penat jiwa raga berhadapan dgn subjek ni, aku dapat lah B- hee. Thanks madam ULL & miss N sebab tidak muntah hijau berhadapan dgn budak repeater macam saya ini :)

Islamic Though and Civilization ( CTU151 ) ; paper pertama yang aku hadap masa final. dalam erti kata lain, paper pembukaan. ehm, masa presentation group aku yang paling lunyai kena hentam, then hafazan pun aku tdk dapat hafal semua ayat & assignment pun mungkin ada cacat cela. Tapi Alhamdulillah dapat jugak B+ result aku aku tdk jangka sgt. hee. Thanks ustaz K and bravo untuk aku sebab ini satu2 nya subjek yg aku nda pernah ponteng. Muahahah.

Sport Event Management ( HSK 111 ) ; kokurikulum. Paling heaven punya koko sebab banyak kali class cancel. Tapi akhir2 kehadiran semua penuh. haha. dapat lah A.

Priciples of Public Administration ( PAD190 ) ; subject favourite! paling terbaekk aku rasa. paling manis masa presentation, test, quiz. Tapi mungkin masa jawab paper final aku ada stuck jugala, so dapat B- even aku target atleast B tp aku tahu lah semua tu usaha aku juga. Terima saja. Thanks miss A for being most beautiful lecturer yg kitorang pernah kenal. auww :)

Intermediate English ( BEL260 ) . subject favourite jugak! dpat B even target aku B+ , kecewa baii tapi it's okay lah. Orang kata apa? Rezeki. Thanks miss K yang sgt baik hati :)


So, sepanjang semester 2 aku enjoy lebih dengan member kelas. aku tinggal luar. aku dapat kawan baru. aku dapat lecturer yang super duper caring, aku sedar yang belajar tu penting dari semua benda dlm dunia, aku sedar yang harapan ibu bapa tu adalah segala-galanya :)

Dear mummy & daddy,
Maaf sebab untuk semester ni tdk dpat naik pentas ambil sijil. i almost get it mum, dad but it is not enough.
i'll try harder next semester, i promise, Insyaallah.

Thats all.

bie.