Tuesday, October 22, 2013

Benci.

Benci itu
satu perasaan yang kau takkan dapat elak
parents kau bandingkan kau dgn anak org lain, kau benci.
kekasih kau lambat balas text/chat, kau kata kau benci.
ada manusia lain yg cuba dekat dgn kekasih kau, kau kata kau benci.
masuk U, bff kau dapat bff lain, kau benci jugak.
Contoh lain? banyak.

Tapi
antara benci kau tu
kau pasti itu benci atau lebih kepada sakit hati
maaf bagi aku dua perkara tu berbeza
benci.. kau simpan sampai kau mati
sakit hati.. kau simpan sampai ada sesuatu yg sembuhkan sakit kau
aku tak peduli pandangan orang.
tapi ini pandangan pemikiran budak 19tahun
ada masalah? cehhh ilek ah.

Macam ni
aku lahir dan membesar dalam persekitaran yg lebih kurang sama
ya, umur aku 13tahun
aku dah keluar dari zon selesa aku
duduk asrama, satu bilik dgn senior yg macam2 ragam buat aku kenal apa itu 'benci'
aku kenal seorang senior, dia satu bilik dgn aku dulu.
badan dia besar, suara dia kuat, semua junior takut dengan dia
pernah satu malam, kwn aku satu bilik juga; namanya Hanim
aku nampak sendiri hanim dibentak dimaki oleh senior aku tu
disuruh cuci kasut, cuci baju, buat itu buat ini.
aku? aku diam saja masa tu. hanim? hanim menangis sepanjang malam
sampai selang 2hari nya hanim pindah sekolah.
ya, itu kenyataan.

ya, itu kali pertama aku nampak situasi macam tu
orang-orang gelar situasi ni 'buli'
entah kenapa
tiba-tiba aku jadi sasaran
dia datang katil aku suruh aku cuci kasut, cuci baju, kemas katil dia
masa tu aku sangat rapat dengan kak endang. satu kampung tapi tidak pernah tahu pn sekampung
masa tu kak endang yg pertahan aku. dia kata ' jgn buat budak2 mcmni ba wina, kesian dorang. '
lepastu aku peluk kak endang dan aku menangis semahu aku. aku takut.
lepastu dia bertindak lagi,
dia ambil barang2 mandi aku dan rasmi lah dah jadi kepunyaan dia
aku? aku masih diam tp kali ni aku tidak menangis lagi. apa yg aku rasa?
Benci.
macam yang aku jangka
dia buat lagi lagi lagi
maki hamun? haha. tu makanan aku setiap hari beb.
sampai aku menangis depan cikgu kaunseling sebab aku terlalu tertekan
cikgu kaunseling aku kata apa? 'sabar'
haaah aku tidak kenal lagi apa maksud sabar tu sejak aku diangkat jadi kuli
yang aku kenal; benci.

Hujung semester
aku ambil keputusan keluar dari sekolah tu
konon one of the best high school in sabah
masa tu aku paling lambat balik
daddy ambil aku lambat
tinggal aku dan kak endang saja dalam bilik
aku tidak bagitahu sesiapa aku pindah termasuk kak endang
2007 banyak ajar aku sebenarnya dalam dunia ni tidak semua 'suka'
aku belajar jadi pembenci, pendendam, panas baran, maki hamun aku telan sampaikan sebati dalam diri aku
sampai sekarang.
itu permulaan dari hidup aku yang lebih kurang huru hara.
ya, aku mangsa buli. dulu.
cuma mental aku yg dibuli fizikal aku tidak.

2008.
sekolah baru. kawan baru. cikgu baru. environment baru. semua baru.
2008, aku kenal seseorang.
dengan dia, keluar semua perangai jahat aku. semua.
dan dia tidak pernah tegur. dia biarkan. aku salah, dia biarkan
kalau rasa aku betul, dia ikut. 3tahun dengan dia, aku jadi diri sendiri
ya, dia baik. tapi dia terlalu ramah. dengan sesiapa dia berpeluk, dengan sesiapa dia gurau.
ya, aku tahan. sebab semua benda dalam 3tahun tu, aku buat dengan dia.
sampai lah satu hari. dia siat hati aku, dia lumpuhkan kaki aku. dia pandang aku macam sampah
hanya kerana perempuan cantik, yg dia baru kenal berapa bulan. dia buang aku.
mulai hari itu, aku nekad aku tidak akan undur balik. dia buang aku, aku terima.
tapi bila dia pungut aku balik lepas kejadian tu, aku takkan boleh terima.
buktinya, dia cari aku balik lepastu, ya, sampai sekarang. dia simpul kata maaf
ya, demi Tuhan aku maafkan. Tapi utk patah balik, aku tak boleh.
satu sebab; aku benci setiap kali aku ingat setiap perkataan dia sebut depan muka aku.
semua benda aku padam dari fikiran, semua barang aku bakar. tinggal abu.
kalau membunuh tu halal, lama aku buat dah. seriously.
itu benci punya pengaruh.

lepas aku sembuhkan sakit aku sendiri. sendiri.
aku bertatih sendiri sampai aku dapat berdiri kemudian berlari
aku kenal seorang demi seorang manusia
yang muncul kononnya mahu jadi bayang-bayang susah senang aku
sampai aku masuk universiti
tetap sama
orang buang aku.
kali ni lagi parah, aku ratap aku cari aku melutut aku menangis
tapi aku tak dapat apa-apa
sebab, hati aku kalau sekali kata sayang; tak pernah dusta
tapi benda yang sama aku dapat. aku dapat sakit.
sekali lagi; aku benci. aku pembenci.
aku bina temboh setinggi yg boleh, aku tidak biarkan sesiapa lepas tembok tu
itu benci punya pengaruh.
aku serik.
aku sakit.
aku parah.
aku trauma.

sejak aku nekad aku tak tahu meratap lagi
airmata aku jadi mahal
senyum aku jadi berat
pandangan mata aku jadi samar
hati aku jadi keras
tembok aku makin kukuh
aku menyampah dengan sesiapa yg cuba robohkan tembok aku
ya, silakan cuba. tapi aku tidak akan pimpin tangan kau naik sampai ke kemuncak
kau buat sendiri. sebab aku lelah
lelah pimpin tangan orang dan bila dia berjaya sampai ke kemuncak
dia bosan, dia turun dan tinggal aku seorang. mcm yang dulu-dulu.
aku benci.

itu benci aku. kalau aku benci, aku benci sungguh-sungguh
aku minta maaf bukan aku yang mahu
tapi aku takmahu jadi lemah macam aku yang dulu
dan aku tak mahu tengok orang-orang aku sayang
sakit.
sebab aku tahu macamana rasa dia.
sakit sangat.

benci itu sakit sebenarnya
sangat sakit.

itu 'sebahagian' dari kisah lalu aku
itu 'sebahagian' dari kebodohan aku
itu 'sebahagian' dari jahat aku

aku sendiri benci bila benci tu datang
aku sendiri benci bila aku jadi pembenci
tapi kalau ada hal atau seseorang yg buat aku rasa benci
serius aku cakap
aku akan jadi pembenci semula

sebab aku tak pandai selindung apa aku rasa
siapa pun kau, apa pun kau buat, apa pun perangai kau
aku terus terang
dengan semua orang
termasuklah
sang kekasih.
cuma
sang kekasih itu
terlalu manis,
terlalu manja,
terlalu berharga,
dia tegur bila aku salah,
dia ubat bila aku marah,
dia bebel bersebab,
dia larang sebab sayang,
dia terlalu istimewa untuk aku benci.
dia tak layak rasa benci aku
dia layak rasa cinta aku.

mungkin dia atau orang lain tidak faham
macamana hati aku butuh dia
setiap saat minit jam aku berafas setiap hari
tak perlu faham
duduk diam
lihat tingkat aku dan nilai
tegur aku kalau salah
jgn puji terlalu melambung kalau aku betul
kerna;
aku perlu kau sang kekasih
utk pimpin aku
dan kalau kau percaya aku
aku akan pimpin kau
sama-sama kita melangkah
tinggalkan cerita pahit
bina cerita manis dan juga pahit bersama aku
tempuh bersama
kata-kata pandangan orang?
kalau kita dengar org kata
kita sendiri aku hanyut wahai kekasih.

ya, sebenarnya
hati aku kaca
kekasih,
jaga elok-elok ya?
jangan biar kecai.

bie.

No comments: