Wednesday, December 26, 2012

Rasa itu celaka.

'' i'm still holding onto that little piece of hope that maybe you'll change your mind ''

 Kelmarin, aku mimpikan kau. Kau senyum tengok aku, kita borak, kita ketawa, kita jalan, macam dulu. Aku rindu kau senyum sampai nampak jelas lesung pipit yang selama ni jadi kelemahan aku. Ahh, kenapa aku tidak boleh tahan dengan lesung pipit tu! Suara kau, lagilah! Kita jalan, aku pimpin tangan kau, macam dulu. Lepas? tidak mungkin! Ke sana kemari dengan kau, senyuman kau tidak pernah mati. Tapi.. dupp! aku tersedar, telefon bimbit sialan mematikan saat manis aku dengan kau, semua tentang kau hilang tiba-tiba, senyum kau hilang dari pandangan aku, tangan kau bukan lagi dalam genggaman aku. Sadis! Mana kau? Mana? Aku gosok-gosok mata, aku renung tapak tangan kanan aku yang pernah kau pimpin dulu, aku terasa mata aku berair. Aku tahan, tapi tetap degil. Tetap mengalir. Aku duduk diam sebentar, aku hapus air itu dari terus mengalir. Aku tengok jam, pukul 11pagi. Sah! Aku mimpi. Celaka!

Mungkin sebab aku terlampau rindu kau, terbawa-bawa ke dalam ruang fantasi. Aku yakin, aku bahagia dalam ruangan fantasi sementara itu. Aku yakin! Tapi sekarang, aku hidup diruangan realiti. Lagi! Tiada kau, tiada senyuman kau. Hilang! Aku sakit. Serius aku sakit. Sakit berlawan dengan emosi dan kepala otak yang hampir penuh dengan nama kau. Aku sakit, tapi aku tetap berjuang. Kenapa? sebab aku tahu kau sekarang sedang berbahagia dengan kehidupan kau yang jauh lebih baik Tanpa aku. Aku yang pernah ada tempat dalam hati kau. Sumpah! Aku tidak mahu kau muram, tidak mahu kau sedih. Aku mahu kau gembira, senyum, gila-gila macam selalu :') Sampai sekarang, aku ingat lagi bila kau marah aku mati-matian sebab minum coca cola. Marah bila aku tidak cukup minum air sebab aku senang kena astma attack dan kau sendiri pernah lalui kesakitan tu sama-sama aku kan? Macamana aku tiba-tiba susah bernafas pahadal sebelum tu kita sama-sama ketawa borak pasal itu ini. Lawak kan? Kalau aku sakit dada, penat, bila kecewa sebab markah tidak seberapa, semua yang aku rasa, aku bagitahu kau. Kau lah doktor aku. Nasihat dari kau entah berapa juta kali masuk dalam cuping telinga aku. Sumpah demi Tuhan, aku rindu kau, aku sayang kau. Kau jaga diri baik-baik ya bushuk?

Aku minta maaf ya, aku masih tidak dapat lupakan kau. Lupakan kita. Walaupun aku tahu aku harus lupakan. Tapi jujur, aku makin sayang kau. Aku minta maaf. Aku memang sial, tidak sedar diri. Aku tahu. Untu keberapa kali, aku minta maaf dengan kau. Ahh, kadang-kadang perasaan aku ni celaka, tidak mahu keluar dari kepompong yang aku panggil NF.

Entry yang tidak seberapa panjang, aku harap kau tidak baca. Aku malu, aku lemah kan? Mungkin kau menyesal pernah kenal orang selemah aku. Kuat diluar, hancur didalam. Celaka. memalukan! Aku tidak tagih simpati sesiapa, aku tidak mahu komentar sesiapa. Aku hanya tulis apa yang aku tidak boleh luahkan. Mungkin ini cara terbaik, terbaik untuk kurangkan beban fikiran, emosi dan fizikal aku. Biar orang kata aku bodoh, yang pasti aku tidak mahu nampak cerdik tapi menipu diri sendiri. Tulis sesuatu yang bukan dari hati. Itu 1000 kali lebih celaka bukan? :')

Aku masih tertanya-tanya kenapa ini semua terjadi? Tidak ada ribut, tidak ada angin. Tiba-tiba begini. Tapi ya sudahlah, aku yakin kau ada alasan kukuh. Mungkin betul kata syaitan-syaitan dalam diri aku, aku yang bersalah atas semua ini. Mohon ampun.

Aku dengar lagu ni, lagi dan lagi. Kadang-kadang, sampai aku terlelap. Aku ingat satu malam tu kau suruh aku nyanyi dan aku nyanyi lagu ni dari awal sampai habis. Satu harapan aku, kau suka. Dan, yahh kau suka. Terus terang, ini kali pertama aku buat begitu. Masa tu, aku sedar dan aku yakin, hati aku ada kau. Lepastu, aku nyanyi macam2 lagu untuk kau sebelum kau tidur. Kadang-kadang aku menolak, bukan sengaja, tapi ada halangan yg tidak memungkinkan. Aku tahu banyak kali kau kecewa. Aku minta maaf sayang. Aku tidak bermaksud pun. Aku minta maaf ya? Lagu yang satu ni pun kau suka kan? :')


Ingat ya, tiba masa kau terduduk rasa buntu, kau cari lah aku. Aku akan bangun dengan kau bersama-sama.
Ingat ya, kau semuanya untuk aku. kau kawan, lawan, cikgu, doktor, pakar motivasi. Semuanya kau.
Ingat ya, aku selalu berdoa yang baik-baik untuk kau. Jangan peduli kesedihan aku, kegembiraan kau jauh lebih penting sayang.
Ingat ya, walau apa pun, aku tetap sayang kau.
Ingat ya, dalam hati aku ada kau saja.

Terima kasih ya, kau ajar aku erti kasih sayang.
Terim akasih ya, kau ajar aku supaya berfikir matang.
Terima kasih ya, kau ajar aku erti sabar.
Terima kasih ya, kau benarkan aku peluk cium kau waktu pertama kali kita jumpa.
Terima kasih ya, kau banyak ambil berat pasal aku.
Terima kasih ya sayang, atas semuanya.

Bukan mulut aku yang cakap, tapi ruang hati meronta untuk bicara.

Tiada dendam,
Tiada benci.

Persoalannya, boleh atau tidak fantasi itu jadi realiti lagi? Tolong, aku perlukannya.

bie.

5 comments:

ogawaaaaa said...

sedih :(

Bie Atikh. said...

Erma : Jangan! ya? :')

ogawaaaaa said...

Aku malu, aku lemah kan? Mungkin kau menyesal pernah kenal orang selemah aku. Kuat diluar, hancur didalam.

#"Hancur didalam" describing me a lot. sabar ah bie. u deserves someone better. pelan-pelan cuba utk relakan dia...

Bie Atikh. said...

Erma : yeahh.. Hancur di dalam tiada yg tau kn? serius aku hancur habis suda. sokay, aku ttp jga cuba. even susah. kau pn sabar k?

Unknown said...

bie.. (tiba2 ni panggil kw gitu :D)
direct la kn.. aku bru trbca ni bnda ni hari.. time ni kta tgh texting.. seriously, memang sedih.. aku harap kw sabar ya ? Allah tu Maha Adil :) mungkin Dia tentukan yang lebih baik untuk kw.. emo aku baca ni -.-'