Saturday, May 25, 2013

Molek #2.

“ There are moments we return to, now and always. Family is like water-it has a memory of what it once filled, always trying to get back to the original stream. ”

Tawau, Sabah. 

Pernah kau rasa berat hati? Aku bagi contoh. Situasi aku ; ada berapa belas hari lagi untuk aku melangkah semula ke semester baru. semester 3. Berat hati di sini, bukan sebab aku takmahu jejak kaki sambung kewajipan, bukan juga sebab aku tak mahu bangun awal bersiap ke kelas, malah bukan sebab aku enggan terima pelajaran baru. Aku berbesar hati, malah teruja. Tapi satu hal yang buat aku galau ; bila aku fikir pasal keluarga kecil aku. daddy-mummy-adik. Bukan aku tidak biasa pisah jauh. Tapi tiap kali aku balik dari cuti panjang, aku rasa sedih tahap maksima. Kau rasa aku tunjuk depan dorang? Tidak. Aku tetap dengan keras aku. Aku boleh gelak ketawa sepanjang perjalanan beaufort-kk. gelak gelak gelak. Tapi, fikiran aku lambatlah sampai, lambatlah sampai, lambatlah sampai!

Tapi. Apa yang aku tahu. Cuti aku tetap juga habis. Aku pun tetap juga kena mula semester. Yang penting ; n-a-w-a-i-t-u.

Dalam banyak-banyak manusia. Yang bergelar anak. Aku rasa aku anak yang paling keras kepala dalam dunia. HAHA. Apa tidak? apa aku rasa nak cakap, aku cakap. And kadang-kadang aku lupa mereka manusia paling mulia dalam hidup aku. Aku hilang hormat. Aku lupa. Leka dengan kononnya pendapat peribadi, kononnya memperbetulkan apa yang salah. Tapi apa sebenarnya? Lebih kepada soal kebiadaban & memberontak. Aku ingat aku yang betul. Aku ingat aku belajar di Universiti, aku hebat. Aku ingat pendapat aku boleh diterima pakai selalu. Tidak. Tapi setiap hari, aku makin faham. Aku buat semua untuk manusia paling mulia yang aku kenal. Mungkin bila tiba masa aku kalah dengan emosi, atau fikiran sukar berfikir, aku ingat keluarga, aku ingat ibubapa, aku akan bangun balik. Untuk siapa aku hadap buku-buku, kertas-kertas bertimbun. Untuk siapa aku bangun awal pagi, tunggu bas uitm ambil, masuk kelas, hadam ilmu, balik lewat petang kadang-kadang malam. Harap aku ingat sampai aku mati. Aku dalam perut siapa 9 bulan 10 hari, siapa rawat aku bila aku sakit, siapa marah aku bila aku silap, siapa ajar aku ABC, siapa ajar aku mengaji, siapa ajar aku untuk kerja kuat sampai aku dapat apa aku nak. Cukup2 lah aku buat onar. Cukup2 lah. Tiba masa, aku jadi manusia yang berperangai manusia, jadi contoh untuk adik aku, mungkin tidak dari segi perangai, tapi mungkin lebih kepada pencapaian. Biar dia lebih dari aku, tidak apa. Kebahagiaan ibu bapa tu letak nombor satu :)

Semester baru. Celik mata, setahun aku jadi UiTM-ian. Buka semester baru, aku dalam semester 3. Aku budak Public Admin. Aku tak perlu bawa kalkulator saintifik kesana kemari, tidak perlu berfikir panjang pasal jenis-jenis campuran kimia itu kimia ini. Course aku memang susah kau nak nampak nombor. Of course lah subjek account & economics. Mungkin kalau adik-adik yang ingat Public Admin senang, kuburlah  jalan fikiran kau tu dalam-dalam. Jangan bagi keluar. And mungkin juga kau memerlukan berkotak-kotak kismis kalau jadi budak PA. Sorang kawan aku cakap, Alahh budak PA senang. Baca-faham-hafal. Tadaaaa. Kepala hotak kau! Kalau lah kau tahu bahan bacaan yang kau kena cari tu tidak cukup satu library, kalau lah kau tahu faham satu teori tu memerlukan berjam-jam utk faham, and kalau juga kau tahu lah untuk hafal satu fakta TANPA kesalahan tu lagi susah daripada segala jenis susah. haha. Kau bayangkan, kau jawab test, fakta yang kau hurai satu mukasurat penuh adalah fakta yang kurang tepat, atau kau nak sadis lagi? Fakta kau bagi, salah. Kau rasa kalau markah penuh 25m ; berapa markah kau dapat? Aku pernah. Tahu berapa aku dapat? 5markah. Sebab? fakta & huraian aku salah. semua. semua. Bayangkan? Tu masa aku semester 1. Tapi relaks ahhhh, aku tak marah pun. Cuma aku nak kau tahu jadi budak PA tidak kacang yang kau cakap. Even semua jenis course pun susah. haha. Mungkin sebab kau budak pandai, kau anggap semua benda senang, itu aku tak tahu lah. Plus. Aku tidak tergolong dalam student yang rapat dengan mana-mana lecturer & untuk aku dapat 'bonus mark'? memang tak lahhh. aku tidak ada kemahiran untuk itu. Biar aku tidak dipandang, asal aku hormat pemberi ilmu. So, lagi satu kerja keras yg aku kena buat, bangkit sendiri, kerja sendiri walaupun untuk 1 markah carrymark. haha.

Tuhan ;

Sihatkan ibu bapa & adik aku,

Panjangkan umur,

Limpahkan seberapa banyak rezeki,

Kurniakan kebahagiaan,

Kurniakan kecerdikan untuk adik aku,

Cekalkan hati kami anak-beranak. Amin ya Rabb.

Aku terfikir. mungkin sekarang ada anak muda digelar pemberontak, Tapi mungkin juga 10 tahun akan datang, dia pemimpin kita. Siapa tahu, kan? Ampun maaf, tolong jangan kecam aku, aku tidak kaitkan sesiapa, tapi itu hanya fikiran aku, pandangan peribadi aku. Tiada yang mustahil. Bukan begitu? Terima kasih :)


Take care.

bie.

Thursday, May 23, 2013

Molek #1.

'' Never treat anyone like a stone, as if they don't feel anything, because when a stone gets back at you they can cause real pain. ''

Tawau, Sabah.

Aku punya perasaan. Sama macam kau kau kau dia dorang semua. Cuma perasaan aku susah dibentuk, susah dicorak, susah susah susah. Dan orang yang cepat mengalah, akan angkat kaki dari hidup aku. Haaa, itu aku. Keras batu, mungkin keras lagi aku. DAN macamana aku elak perasaan aku pun, aku kalah juga sebenarnya.

Aku? cakap lah apapun. Bangsat, sial, jahanam sekalipun. Aku terima. Sebab diri aku sendiri pun aku susah kawal. Kejap aku baik, kejap moody, kejap marah, kejap high, kejap baran. Euwww. Aku sendiri benci kalau masa saka baran aku datang. Aku akan jadi manusia yang paling jahanam tahu? tahu? Adik aku selalu kena sepak terajang aku kalau baran aku datang. So, kau rasa tidak jahanam kalau sepak darah daging sendiri semata-mata mahu ikut baran? Itu jahanam. Tapi, mungkin skrg aku boleh control baran aku, even just berapa peratus saja, yang penting aku cuba cuba cuba! Kisah pulak aku kan orang cakap apa. Kau cebok taik aku kah? atau kau bagi duit bayar sewa rumah aku kah? atau bayar yuran ipta aku? tidak kan? Jangan menghakimi, atau lebih parah ; menghukum. Kalau kau rasa kau perfect,sila lah hukum aku. Tapi kalau kau rasa kau pun tidak perfect, macam aku, macam orang lain. Hentikan lah. Sebab, bagi aku orang yang suka judge orang lain ni orang yang letak kedudukan dia di tahap yang rendah. Pernah dengar 'paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'. Pernah? Fikir sendiri.

Aku juga manusia yang hobinya asyik menghadam segala jenis cerita. Dari cerita negara sendiri, bunuh, rogol, samun, rompak, tipu, cerita artis-artis yang kebanyakan kejap populariti sampai lah cerita gossip mensyuarat tingkap Mak Jemah. Kadang2 cerita sampah pun aku layannn. Semua aku hadam. Dan dari apa aku hadam, pasti aku tahu satu demi satu benda yang selama ni aku silap pandang. Dan aku lengkapkan juga dengan pusing kiri kanan lens kamera aku. dari gambar candid ke gambar yang lebih bermakna. Semua aku hadap. Ada orang pernah cakap, aku terlalu bebankan fikiran sendiri sebab banyak hadap cerita orang lain. Mana nak fikir masalah sendiri lagi? Jawapan aku senang ; Aku gelak & aku balas balik dengan pertanyaan. 'Aku tak rasa tolong ringankan beban fikiran orang tu satu bebanan. Kau rasa macamana?'

Ramai juga yang cakap aku manusia pemberontak. Termasuk ibu bapa aku. Kadang-kadang, pendapat orang aku bidas. Aku bidas balik pakai pendapat aku yang aku rasa betul, dari perspektif yang aku rasa lebih sesuai. Aku buat benda pelik yang aku rasa puas. Tindik lidah sendiri, itu perkara bangang yang pernah aku buat. Tapi, aku puas. Sebab aku jenis manusia yang apa yang aku nak, aku buat, aku dapat, aku puas. Kalau aku nak hijau, kau bagi aku pink? Kau boleh pergi mampus. Aku taknak.

Dan. Macamana jahanam sial babi pun kau rasa aku ni. Perkara yang paling aku elak dari aku bangun pagi sampai aku tidur malam. Ialah ; Balas perbuatan jahat orang dengan kejahatan. Relaks baii. Ibu bapa aku tidak pernah ajar aku balas jahat orang dengan kejahatan. Kerabat keluarga aku tidak pernah buat jahat dengan orang dengan kejahatan juga. Kenapa mesti aku? Lek ahhh. Allah ada. Moral of the story, kau buang lah taik banyak mana kau suka. Aku diam. diam. diam. Tapi bukan sebab aku takut. Sebab kalau aku mula buka mulut, aku takut kau sendiri yang malu dengan apa yang kau buat tu lah sebenarnya taik. The best part is, macamana jahat pun kau buat aku ( kecuali lah tahap hantar 'barang'. Nauzubillah ), aku jenis orang yang akan tetap ketawa sampai keluar anak tekak, happy happy, lompat kegirangan, ikut kepala otak biol aku tanpa fikir apa2 pun pasal jahat org buat aku. Aku tetap dengan style kekampungan aku, sebab apa? Asal usul aku memang kampung. Aku bukan budak bandar macam kau, kamu, dia. Bukan. Macam aku cakap tadi, Allah ada. DIA perlindung, DIA tempat bergantung. Soal takut gentar gerun? Hell NO! ;)

Plus. Aku punya kawan sehidup semampus yang selalu support aku wlaupun dorang juga yang bikin aku mampus awal. Tapi kalau tiada, aku sudah lama hanyut. Aku punya ibu bapa yang selalu dukung aku dari belakang, yang mahu aku hidup senang bila kedua mereka bersara dari kerjaya mulia mereka, yang mahu aku balas jasa mereka dengan ilmu & kejayaan. Cukup itu yang mereka mahu. Dorang tak pernah cakap, tapi aku tahu. Tidak percaya? Lihat anak mata mereka masa kau tunjuk keputusan peperiksaan kau. Bukan soal, keputusan kau baik, sederhana atau buruk. Lihat anak mata ibu, ayah ; kau akan tahu apa mereka rasa. Good Luck! Dan aku punya cousin sampai lubang kubur yang paling faham aku. Aku cerita semua yang aku rasa & aku aku rasa aman lepas 10minit. Aku juga punya orang tu yang aku sayang. Sangat sayang. Bukan soal lama kejap aku kenal manusia yang satu ini, tapi macamana dia boleh faham aku, macamana sikap dia dengan aku. Cuma, apa yang aku lalui dgn dia bukan senang utk org faham. Bayar aku berapa pun, aku takkan cerita. Pergi sana buat cerita romantika kau sendiri. Sebok ahh. Yang aku tahu skrg ni. Aku ada dia, dia ada aku. Aku sayang dia :)

Macam biasa lah, 'kau' dalam bebelan aku tu umum. Bukan untuk siapa-siapa.

Take care.

bie.


Tuesday, May 14, 2013

Fikir.


'' kau tak pakai tudung, masuk neraka woii ''
'' kau pengkid, neraka lah tempat kau ''
'' kau pondan, ahli neraka ''
'' kau hitam, macam bontot kuali, buruknya kau ''
'' ishh.. kau ni kenapa bodoh sgt. topik ni pun tak faham ke ''
'' bapak kau kaya, main rasuah eh? ''
'' kau ni gemok lah, takde yang nak kat kau ''

Mungkin kau terlalu perfect nak label orang sesuka hati kau
Atau kau malaikat yang ditugaskan untuk tentukan siapa masuk neraka, siapa ahli syurga
Teruskan lah.. teruskan..

TAPI ;

kalau kau rasa kau pun tidak lah sesempurna mana,
lupakan saja lah,
sebab? 

Kau percaya karma? Aku. ya aku. aku percaya. 
Kau bayangkan,
Kau kawin, dapat anak, anak kau makin membesar.
DAN membesar jadi seperti manusia-manusia buruk yg kau hina sepanjang hidup kau.

Fikirkan.

bie.

Friday, May 10, 2013

What you give you get back.

Haii..

So result UiTM diploma officially keluar semalam. Begini lah kalau bab2 memainkan perasaan. cakap jam 9AM keluar tapi jam 3AM mcmtu aku sudah dapat email dari uitm. Result? Alhamdulillah. even tidak sampai pun 3pointer. ada 0.3 point lagi sampai 3.0 pointer gua ( kira sendiri! ) haha. A bit dissapointed lah, sipi ja lagi sampai tarhet 3 pointer. Tapi lepas berteriak serupa apa benda aku pun tak tahu lahhh, akhirnya aku bersyukur. Rezeki Allah & aku tahu usaha aku selama ni ada hasil. Even aku tahu kalau aku rajin sikiiit ja lagi aku dapat capai target :') but masa sem1 pointer aku just 1.98 which is automatik aku dapat amaran pertama ( p1 ), syukur Alhamdulillah sem ni aku buang p1 tu. and aku naik banyak juga lah. Syukur ya Allah. Orang cakap, 'kau ambil 5 subjek, memang lah senang, korek hidung sambil jawab paper pun boleh'. lantak ah kau mau cakap apa. Tapi untuk aku, even kau ambil 2 subjek sekalipun, kau tidak usaha, kau tetap kandas.
Yepp, memang aku ambil 5 subjek beza dgn mmber lain yg ambil 7/8 subjek. tapi, aku ingat sampai mati macamana seksa juga aku struggle 5 subjek tu, mcmana susah hati aku tu Tuhan ja tahu. So, suka hati mak bapak kau lah cakap apa pun.

Sedikit bebelan ;

Interactive Multimedia ( CSC253 ) ; kenapa aku letak subjek ni pertama? yepp, sebab subjek ni lah aku gegar satu badan baca itu ini & masa final itu hari, apa yg aku baca, yg aku buat latihan mungkin 20% saja topiknya yg keluar. yang lain? gahhhhhhhh. and subjek ni juga aku repeat sebab failed lah masa sem1. tapi Alhamdulillah setelah penat jiwa raga berhadapan dgn subjek ni, aku dapat lah B- hee. Thanks madam ULL & miss N sebab tidak muntah hijau berhadapan dgn budak repeater macam saya ini :)

Islamic Though and Civilization ( CTU151 ) ; paper pertama yang aku hadap masa final. dalam erti kata lain, paper pembukaan. ehm, masa presentation group aku yang paling lunyai kena hentam, then hafazan pun aku tdk dapat hafal semua ayat & assignment pun mungkin ada cacat cela. Tapi Alhamdulillah dapat jugak B+ result aku aku tdk jangka sgt. hee. Thanks ustaz K and bravo untuk aku sebab ini satu2 nya subjek yg aku nda pernah ponteng. Muahahah.

Sport Event Management ( HSK 111 ) ; kokurikulum. Paling heaven punya koko sebab banyak kali class cancel. Tapi akhir2 kehadiran semua penuh. haha. dapat lah A.

Priciples of Public Administration ( PAD190 ) ; subject favourite! paling terbaekk aku rasa. paling manis masa presentation, test, quiz. Tapi mungkin masa jawab paper final aku ada stuck jugala, so dapat B- even aku target atleast B tp aku tahu lah semua tu usaha aku juga. Terima saja. Thanks miss A for being most beautiful lecturer yg kitorang pernah kenal. auww :)

Intermediate English ( BEL260 ) . subject favourite jugak! dpat B even target aku B+ , kecewa baii tapi it's okay lah. Orang kata apa? Rezeki. Thanks miss K yang sgt baik hati :)


So, sepanjang semester 2 aku enjoy lebih dengan member kelas. aku tinggal luar. aku dapat kawan baru. aku dapat lecturer yang super duper caring, aku sedar yang belajar tu penting dari semua benda dlm dunia, aku sedar yang harapan ibu bapa tu adalah segala-galanya :)

Dear mummy & daddy,
Maaf sebab untuk semester ni tdk dpat naik pentas ambil sijil. i almost get it mum, dad but it is not enough.
i'll try harder next semester, i promise, Insyaallah.

Thats all.

bie.

Tuesday, April 30, 2013

i'm back!

Haii..

Well, final exam was finally over. And aku update blog sekarang? Mihmihmih. aku habiskan masa 2 bulan dengan itu ini apa benda yang tidak dirancang. Ikut photography classes, aku malas. Kerja, lagi malas. Semua malas! So now, tggu Izzat habis his final exam then aku akan ada banyakkkkkk masa dengan best friends aku! like seriously, aku super duper excited weii. And maybe ada plan holiday dengan bestfriends! wow! ada plan tapi belum confirm. Nampak sangat tiada benda lah mau di update. okay bye.

bie.

Tuesday, April 2, 2013

Just a little bit's enough.

'' Success has a simple formula: do your best, and people may like it. ''

 Haii..

Esok paper bel260, aku masih menghadap laptop sejak satu jam setengah yang lalu sambil mendengar lagu-lagu jiwang diabad ini? Apa barang ni apa barang? Jadi begini, aku pun sebenarnya x tahu mahu belajar apa. Erkk? alaaahh, cer tanya bebudak yang ada paper BEL jugak esok, apabenda yang dorang belajar? mesti dorang pun sure x sure ja jawab kan? sebab apa wa cakap sama lu.. Sebab jawab essay esok selain jari jemari menjadi extremely kejang sebab menulis x henti-henti, selain badan bergegar-gegar sebab faktor kesejukan yang teramat dek kerana 3 jam duduk dalam dewan peperiksaan, idea hanya akan keluar bila aku belek kertas soalan esok. O.G.A bel260 pun tidak lah tinggi sangat, jadi aku pun cuak lah jugakkan tp tulah aku just belek past year paper yang Miss K suruh buat haritu, ada 4 set lah tu mungkin kesemuanya yang sempat dibuat. And maybe try buat part essay. Maybe? Mesti bie Mesti!! So, lepas paper esok, CSC253, haaaa ini part paling cuak lah aku rasa.. Gilaa weyh Nauzubillah aku x mahu lagi lah repeat subjek paling best ni.. NO! Sudahtu, aku ada jarak 10hari dari tarikh esok utk aku datang balik Uitm jawab paer csc253 ni. Haih tolong lah bie kau jangan kandas kali kedua lagi benda alah ni --' and last payyyyper PAD190, bersambung teruuuus lepas paper csc. fine! Sana lah aku kena ingat fakta, teori segala bagai dalam masa kurang dari 24jam. ngeeeeeh, lawak? tidak k tidak! But untuk last paper tu, i hope i can get at least B- , tapi x boleh jangka apa-apa lagi, O.G.A pun belum keluar lagi untuk subjek ni. Haishhh lambat k lambat. Sebab subjek ni core, kena struggle lah. atau pilih kaedah rebus segala nota, buku & segala macam lepastu minum air rebusan nya. Mana lah tahu berhasil? k mengarut the very. Mungkin juga le girls ( Nia & Untoi ) stay rumah aku untuk study group subjek PAD190. Kata mereka lah, saya tak pasti. ahaha. Then, lepas habis payyyyper tu, aku lah remaja yang paling gumbira, seronok lagi teruja juga menjadi remaja paling sempoi di alaf ini kerana lepastu aku boleh berfoya-foya sana sini, lambat bangun, 24/7 menghadap tv, cari girlfriend ( erkk? terdesak sangat punya pasal atau apa ni? k gurau ). Auwww, can't wait! 2 bulan cukup lah mungkin untuk aku jadi manusia yang paling freedom! K aku terlebih excited maap dipinta.

So, hopefully everythings will be okay tomorrow, 13april & 14april InsyaAllah.

Ohh yea, mengenai entry sebelum ini, begitu lah cara aku. Aku cakap apa yang ada dalam kepala hotak aku. Well, jahat mulut aku pun, i mean cakap lepas. Aku jadi diri sendiri, bukan ada orang yang tulis lain, dalam hati lain. Tahi semua tu tahi.

Okayy, bye.

Take Care.

bie.

Sunday, March 31, 2013

Heyy bitch,

Manusia. Memang dasar manusia kah suka buang taik dalam hidup manusia lain? Aku tanya kamu semua, kamu suka orang buat palat dalam hidup kamu? suka? Look. Aku manusia yang punya batas kesabaran, lagi-lagi dengan sikap baran aku yang belum recover sepenuhnya. Dan aku manusia yang paling pantang kalau dibuang taik dalam hidup aku. kau rasa harga diri aku aku letak dimana? Punggung kau? Begini, kalau kau rasa kau terlalu suci untuk judge orang, kau sebenarnya tergolong dalam manusia yang hidup dalam kesialan. Kau faham itu? Kau fikir kau siapa? Malaikat? Lagi-lagi yang kau cakap ni pula, cerita yang kau reka sendiri tanpa usul periksa? Kau bayangkan betapa sia-sianya hidup kau? Kau jadi bangga kalau ada manusia-manusia yang percaya bulat-bulat apa kau cakap. Pergi mampus dengan bangga kau. Sebelum ni, mungkin aku boleh senyum tergelak lagi bila orang tanya aku pasal itu pasal ini. Tapi, sekarang kau rasa aku patut diam lagi? Kau boleh caci maki aku, bash aku suka hati bapak tiri kau, kau fikir aku takut? Kau belum rasa curse yang keluar dari mulut puaka aku ni kan? Belum lagi cik adik oi. Yeah, mungkin kau ni boleh dikategorikan sebagai budak-budak belum cukup umur 18tahun untuk fikir yang kau buat ni betul atau salah. Tapi itu mustahil sebenarnya. Mak bapak kau pergi mana? sibuk cari duit sampai kau jadi macamni? Jadi penyampai berita. Penyampai berita cibai? ya? Begitu? Pakyu!

Satu hari nanti, aku datang tempat kau, dengan ikhlasnya aku ucap perkataan keramat yang kau tunggu-tunggu. 'Fuck You!' sambil tunjuk jari tengah. Itu yang kau mahu kan? Baik, kau tunggu. Sikit masa lagi okayy? Kau fikir aku main-main? Permainan sudah tamat cik adik, sekarang kita pergi level yang bukan kepakaran kau. 'Perang.' Sekarang jangan dulu, aku tengah fokus dengan final exam aku & aku tidak mahu lah kes cilaka ni mengganggu exam aku kan? lagipun, kau siapa? ohh, budak baru dapat keputusan sijil pelajaran malaysia yang belum tentu mana arah tuju lepas ni yang hobinya bash orang. Ohh, itu kau.

And and,when karma hit you! aku orang pertama yang bangun bagi tepukan penghormatan sebab kau kena macamana yang kau buat dengan aku sekarang. Ohh, mungkin kau tidak tahu aku manusia yang percaya karma. Apa kau buat dengan orang, kau akan dapat balik. Kau baik dengan orang, kau dapat kebaikan. Kau lempar taik babi dengan orang, kau dapat sepuluh kali ganda lemparan taik babi anjing atas muka kau. Dendam? Pergi mampus kalau orang cakap aku kumpul dosa sebab berdendam & curse orang sana sini. Macam aku cakap tadi, kesabaran aku bukan macam kamu semua. Kesabaran aku terlalu tipis & akibatnya inilah  kalau kau calar kesabaran aku.

Belajar lah jadi manusia yang betul-betul manusia, bukan manusia tapi perangai macam pundek! Like seriously, macam sial baii..

Kau terasa, kau punya pasal. Aku penat jaga hati orang, aku hilang sabar.

Wednesday, March 27, 2013

aku yang curi hak kau, atau kau sendiri label bukan hak kau itu menjadi hak kau?

Haii..

Aku tahu lah, aku sepatutnya sibuk dengan preparation untuk first paper aku ahad ni. Tapi aku curi masa sikit update belog. Ya lah kn, memang aku salah seorang pelajar yang tebiat gila gila babeng study last minute and then meroyan sebab kena pulak cari notes di student portal & paling manang kalau notes tu tdk lah lengkap mana! Tapi apapun, thanks Nia & Untoi stay rumah i utk study sama2. Eh eh, untuk  CTU151 aku dgn Nia saja lah & Untoi mintak tunjuk ajar paling berguna dgn housemate aku untuk subjek ECO nya. Bravo! kami bertiga memang sama sekepala, berapa hari lagi paper baru hadap past year paper lah, slides lah.. Pergghhh! Sudah tu, tima2 sekarang lah rambut mula memanjang, menebal & jerawat batu konkrit pun datang lah parking di muka. Cukup2lah buat aku meroyan! --'

Topik lain jap ;

Betul lah orang cakap, makin kita berusaha maju ke depan, mesti ada yang lagi kuat berusaha tarik balik kita ke belakang. Bulan 8 ; 22 haribulan ni cukup aku hidup di dunia 19 tahun. Mungkin sekarang aku kena 'telan' semua yang pahit yg datang dalam hidup aku. Well, x semua orang suka kita. Lagi2 manusia mulut main lepas macam aku, banyak orang menyampah! ;) Dulu, aku paling pantang dgr sikit orang jentik aku, apa lagi cakap belakang/serang aku? Habis makan maki hamun aku. Tapi, sekarang mungkin juga masanya aku ubah perangai syaitan aku. Kena kawal marah & baran.

So, mungkin aku belum boleh ubah sikap aku yang terus-terang & tidak akan aku ubah sampai aku mati pun barangkali. Tapi, untuk si A, si B, si C D E F G yang fikir aku manusia paling munafik, paling syaitan, paling pundek, paling hipokrit. Teruskan lah. Selagi aku boleh sabar, aku sabar & aku tidak akan cakap apa2. Aku ada banyak lagi benda penting yg kena aku fikir. Kalau cara aku tidak masuk dengan cara kau, aku minta maaf & aku tidak akan ubah. sebab apa? sebab ini memang diri aku. kau nampak aku berlagak? aku sarankan kau kenal aku dulu baru buat penilaian. Kau cakap aku hipokrit? kau tanya diri sendiri kenapa aku hipokrit dengan kau. sebab apa? kalau aku nampak 'penipuan' dalam diri kau, aku tdk akan layan kau sama macam manusia2 lain. Sebab apa? makin dilayan manusia penipu, makin aku habis hancur ditipu hidup2. Bukan begitu? Jadi, berusahalah sampai kau penat untuk tarik aku kebelakang, jatuhkan aku sampai aku lumpuh, sepak, terajang, caci, maki, fitnah aku sesuka hati kau. Teruskan... Tapi kau ingat, pahala berlumba-lumba pergi tempat aku. aku tdk rugi apa2. Jangan risau, aku cuma jadi diri aku sendiri, aku tidak ambil pun 'diri kau' yang kau anggap sempurna tu. Aku tidak kisah. Sebab semakin aku ambil kisah, semakin aku ambil peduli, aku sendiri yang sakit. Aku juga yang siksa. Bukan kau, bukan dia, bukan manusia2 lain. selagi Tuhan masih sayang aku, aku kebal. Perasaan, hati, jiwa aku mati? Mungkin sudah lama, tapi aku yang tidak sedar. Mungkin.

Cuma, kalau kau betul berani, jumpa aku. Bukan jaja cerita sana sini. Aku bukan watak utama novel bestseller yang kau boleh cerita dgn semua orang dari muka surat satu sampai ending :)

Siapa yang berkaitan, mungkin ada lirik2 dalam lagu ni yang sesuai. Sudi lah dengar ;

Kiri : Juna ( Arjuna ) , Kanan : Copi ( Sophie ). Ya aku tahu mereka comel !
bie.

Saturday, March 16, 2013

F-I-N-A-L E-X-A-M.

Haii..



Well, final exam just around the corner. Guess what? i'm too scared --' Thank God, aku dapat housemate yang pegang anugerah Dekan & paling kurang pun dapat 3pointer utk final. fuuhh so secara tidak langsung kalau aku tgk dia belajar, even masa tu aku tgah tgok tv blablabla buat kerja palui, dgn automatik aku akan ambil slides/notes/past year questions & study sama. Aku tdk tahu lah kan itu tindak balas apa org panggil tapi yeah aku rasa dia ni banyak bagi aku sedar kalau aku leka sekejap. She did really good job ;) And dia juga paling banyak bagi aku semangat & tips macamana belajar itu belajar ini. Yess, dia ni macam kakak aku sudah. But of course, semua pun ada dalam diri sendiri juga. kalau tidak usaha pun, tidak juga. So, sekarang tengah berusaha usaha usaha utk dapat result yang bagus. Target? 3pointer. Too high? i know. But apa salahnya kalau set satu target yg tinggi sikit supaya kita usaha beratus kali ganda untuk capai target tu. Dapat atau tidak, mungkin kita boleh letak belakang cerita, yang penting usaha, naikkan pointer & buang tu P1. P1 sengsara wa cakap sama lu lu semua! Sumpah tdkmau lagi p1. Shuh shuh! Tapi itu cerita sem lalu, which is semua puncanya dari aku, pengajaran aku dapat pun paaaaaaaaaaap! sakit weii sakit t[ itulah namanya pengajaran, aku cuba lah x ulang lg kesilapan aku sem lalu. Sebab aku letak perkara lain nombor satu. bukan study. So, kalau tidak study, wa yakin lu lu semua bakal dapat p1 macam wa. Sem ni, Alhamdulillah aku letakstudy nombor satu dalam kepala otak aku. Since aku pun single so manada girlprenggg kan mau jaga, jaga diri sendiri sudah lah :) Sekarang notes/slides/soalan past year lah girlprenggg aku. tengok, banyak kan? ohhh well.. HAHA. Manatau kn dapat naik pentas? InsyaAllah.

Jadi, next week kira last lecture. lepastu study week. then apa lagi, final lah. but masa study week aku kena balik kampung sebab uncle kawin. but maybe beberapa hari saja sebab ada study group dengan budak2 NR ;) ahaha. sama ada aku pergi rumah dorang di seri maju atau dorang pergi sini ua atau paling manang kami prgi library sana UiTM. Tgok dulu macamana lah nanti. Tapi minggu depan akan keluar lah OGA apa semua ( rasanya lah ). And ada lagi test untuk CSC253 isnin, PAD190 selasa & hafazan CTU151 selasa juga ; aku memang belum hafal even satu ayat pun --'

And disebabkan DSLR sudah berada di pangkuan setelah sekian lama kena pinjam. Gian aku ambil gambar datang balik. Tolonggggg!

Registration slip

past year questions 2010-2012

notes & slides

Girlpreng kesayangan

Make a wish. InsyaAllah. 

Teman setia

So, last week dapat hadiah dari wawa. Ini lagi satu budak Dekan. haha. Tapi sedihhhhh org sabah dapat uitm nun jauh. But it's okay dia mana-mana pun boleh hidup. mueheh. So, thanks sebab bagi benda yang daku impi impikan. naik meroyan sebab benda ni. Justin Bieber Acoustic album :) Hope kau dapat Dekan lagi sem ni my Kim wannabe! haha. InsyaAllah.


Jadi, tuan punya blog mana mau kalah ;) 



bie.

Monday, March 11, 2013

Dear you,

I miss you.

I miss those our past conversation, Those jokes and laughs those cony words and those nonsense topics. I miss your face, I miss your smile, I miss your hand whenever I hold in tight. I miss your kiss, I miss hugging you. I miss playing your cheeks. I miss your lips, I miss your eyes, I miss your face with a cute and silly smile. I miss everything about you and about us. I wish I can go back where we’ve been started. But i know ... impossible.

I miss you very much & i can't deny.I'm sorry.

03.09am ;
Monday.

bie.